NUFFNANG

Monday 11 August 2014

PANASSS !!! Faekah Husin Umum Keluar PKR

Faekah Husin Umum Keluar PKR

AIDCNews – 11/8/14 – Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI), Faekah Husin hari ini mengumumkan keluar PKR.
Faekah yang juga Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Pelabuhan Klang, yang menjadi keahlian PKR bernombor 15262 membuat pengumuman itu dalam sepucuk surat bertarikh 11 Ogos.
Surat yang dituju kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini, Faekah berkata mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dalam menangani isu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Saya penama dan nombor keahlian seperti di atas mengistiharkan keluar dari menjadi ahli Parti keadilan rakyat berkuat kuasa serta merta.
“Tindakan ini saya ambil kerana hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu yang berbangkit dari kedudukan Menteri Besar Selangor secara berhemah dan menurut tata cara yang betul serta teratur.


“Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999, ” kenyataan Faekah dalam surat itu dipetik.

source : aidc

1 comment:

Anonymous said...

Sudah terantuk baru tengadah.