NUFFNANG

Sunday 3 August 2014

GEMPAQ !! AKHIRNYA…. DR ZUHDI DEDAHKAN SEBAB SEBENAR WHATSAPP AJK PAS DIBOCORKAN !!

AKHIRNYA…. DR ZUHDI DEDAHKAN 

SEBAB SEBENAR WHATSAPP 

AJK PAS DIBOCORKAN !!

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mempertahankan analisisnya berhubung senario politik di Selangor sekiranya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Artikel blog Pro-pembangkang
Menurut beliau, senario yang dijangka berlaku dalam analisis tersebut dirumuskan hasil pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat.

Jelasnya, ada di antara ahli kumpulan itu yang menyebut tentang perasaan lega segelintir ahli-ahli Pas apabila parti itu keluar daripada pakatan pembangkang memandangkan selama ini mereka begitu marah dengan DAP terutama dalam isu kalimah Allah, murtad dan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja.

"Ketika saya mengemukakan analisis senario tersebut ada ahli-ahli perbincangan menegur saya tentang pemilihan bahasa yang kasar, lalu saya jelaskan bahawa bahasa yang saya pilih itu bukan mewakili pendirian dan sikap saya.

"Sebaliknya, perkataan-perkataan yang akan dihamburkan oleh pihak-pihak dalam Pas yang selama ini tidak berpuas hati terhadap DAP dan lain-lain isu yang mereka merasakan seperti dikunci mulut untuk bersuara sedangkan sebelum ini mereka mempunyai kebebasan untuk melakukan sedemikian,"katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau.

Mohd. Zuhdi dikecam oleh sekutu-sekutu Pas dalam pakatan pembangkang termasuk Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli selepas analisis beliau tentang situasi politik di Selangor tersebar dalam media sosial sejak Ahad lalu.

Analisis tentang kemungkinan Pas boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibentangkan Mohd. Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp AJK Pas Pusat.

Beliau juga kesal dengan tuduhan rasis dan ekstremis yang dilemparkan terhadapnya oleh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang termasuk Rafizi dan Anthony.

"Saya bukan ahli politik dan jauh sekali sebagai selebriti politik yang memilih kenyataan media untuk menjawab tuduhan-tuduhan itu, malah saya tidak berminat pun nama saya dipopularkan di akhbar seperti mana diidamkan oleh kebanyakan ahli politik yang lain," jelasnya.

Mohd. Zuhdi memberitahu, beliau tidak boleh mendedahkan keseluruhan perbincangan dalam kumpulan WhatsApp tersebut yang kini disimpan oleh AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan.

"Kalaulah saya boleh mendedahkan kesemua 115 muka surat itu, saya yakin kesemua mereka dapat memahami apa sebenarnya yang terkandung dalam cetakan skrin yang dibocorkan itu," katanya.

Tambah beliau, akhlak mengikat beliau daripada membocorkan perbincangan sulit sesama ahli kumpulan WhatsApp AJK Pas Pusat walaupun segelintir mereka sewenang-wenangnya membocorkan analisis tersebut.

Menurut beliau, ahli-ahli kumpulan WhatsApp terbabit seharusnya faham tentang unsur-unsur imaginatif dan sindiran yang terkandung dalam perbincangan itu kecuali sekiranya mereka sememangnya menyimpan strategi busuk untuk menjayakan agenda sendiri seperti yang dilakukan oleh pembocor analisis berkenaan.

"Tujuan si pembocor adalah untuk mendesak Pas khususnya Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadap saya, kerana saya adalah antara penentang kuat Langkah Kajang yang dicita-citakan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Secara tidak langsung juga, mereka yang berada di pihak pembocor memberi tekanan supaya pimpinan Pas bersetuju dengan langkah itu," ujarnya.

Mohd. Zuhdi juga menyifatkanLangkah Kajang sebagai langkah yang tidak memenuhi kehendak rakyat Selangor yang mahukan ahli-ahli politik yang diberi mandat untuk memegang kuasa memberi khidmat kepada orang ramai.

"Bukannya meletak jawatan sesuka hati dan boleh menurunkan atau menaikkan kepimpinan kerajaan negeri seperti mudahnya menukar pakaian," katanya.

Menurut beliau, ahli-ahli politik perlu sedar bahawa jawatan Menteri Besar bukan sekadar hak parti tetapi ada hubungan dengan hak istana yang memperkenankan lantikan dan hak rakyat Selangor yang memberikan mandat - UM
So, apa lagi?

Jika benar seperti yang diperkatakan tentang betapa buruknya parti DAP dan Pakatan Pembangkang, parti PAS hanya ada satu cara untuk membuktikan keikhlasan mereka.

Caranya ialah dengan keluar daripada Pakatan Pembangkang. Itu sahaja yang lebih mulia dan dapat menaikkan balik maruah parti PAS. 

source : dr mim 

No comments: