NUFFNANG

Friday 1 August 2014

AHLI & PEMIMPIN PAS PASTI MALU BILA BACA ARTIKEL KONTROVERSI INI !!

AHLI & PEMIMPIN PAS PASTI MALU BILA BACA ARTIKEL KONTROVERSI INI !!

MiM tergelak apabila membaca 'analisis' Tony Pua DAP tentang masa depan PAS yang dilihat begitu malap tahap 'bungkus dan akhirnya lenyap dari peta politik negeri.'




Masih lakukah 'analisis' Tony Pua ini?

Tony Pua DAP adalah seorang ahli politik DAP yang pernah memandai-mandai mencampuri hal ehwal agama Islam hingga ditegur oleh beberapa Mufti negeri termasuk Mufti Kelantan. 



Tony Pua juga didakwa pernah memfitnah anak perempuan bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan suaminya, Todd Michael Morath dalam beberapa artikel dan video.


Tony Pua adalah seorang ahli politik yang kurang ajar dan biadap  kerana menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' ekoran isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Inilah ahli politik DAP yang dilihat mempunyai rekod yang tidak baik di dalam politik negara ini. Dan kita tidak terkejut dengan sikap biadap beliau terhadap ROS dan Utusan Malaysia.

Tetapi kita terutamanya setiap ahli dan kepimpinan PAS tentu berasa sangat malu dan tampak terhegeh-hegeh seperti tiada maruah lagi bila membaca 'analisis' rakan Lim Guan Eng DAP ini.

Nampak sangat PAS sebenarnya parti yang perlu mendapat belas kesihan parti DAP. PAS tidak mungkin dapat menangani arahan dan perintah parti DAP.

Memang sangat memalukan bagi setiap ahli dan setiap kepimpinan PAS terpaksa tebalkan muka dan merendahkan maruah mereka semata-mata untuk tidak 'bungkus' dan tidak lenyap dari peta politik negeri seperti yang dinyatakan oleh ahli politik DAP itu.  

Dan memang benarlah sangkaan MiM bahawa mesyuarat khas parti PAS pada 10hb ini tidak akan ada yang mengejutkan selain daripada keputusan kepimpinan PAS yang akan tunduk dan ikut cakap DAP. 

Memang sangat memalukan sekali. PAS is as good as orang suruhan parti DAP.

Ahli-ahli PAS baca di bawah. Memang sungguh memalukan :
Sekiranya pilihanraya mengejut diadakan di Selangor, Pakatan Rakyat dikhuatiri tewas, namun PAS kalah teruk, tidak akan mendapat sokongan dan akhirnya lenyap dari peta politik Selangor.

Demikian bacaan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam analisanya terhadap permasalahan yang sedang melanda pentadbiran negeri itu.

Senario itu digambarkan seandainya kemelut jawatan Menteri Besar Selangor tidak mencapai penyelesaian serta kemungkinan berlakunya pilihanraya negeri dengan jangkaan kemerosotan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

“Jika DAP dan PKR mahu menggantikan Tan Sri Khalid, manakala PAS mahu mengekalkan beliau dengan sokongan UMNO, Dewan Negeri akan terbelah dua tanpa majoriti jelas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Dalam keadaan sedemikian, Tan Sri Khalid mungkin akan meminta supaya pilihanraya diadakan di Selangor,” ujar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Jika pilihanraya mengejut diadakan, parti-parti komponen Pakatan Rakyat dijangka akan mengalami kekalahan; namun parti yang paling teruk terjejas ialah PAS.

Menurut beliau sekiranya PKR dan DAP mengalami kemerosotan sokongan 3% undi Melayu dan 10% undi bukan Melayu, kedua-duanya dijangka kehilangan kerusi di Batu Tiga, Ijok, Kota Anggerik, Taman Medan dan Pelabuhan Klang di pihak PKR; manakala Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek bagi DAP.

Kerusi Pelabuhan Klang adalah kerusi yang disandang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam senario paling optimistik tanpa kemerosotan undi Melayu untuk PAS dan 15% penurunan sokongan bukan Melayu, parti tersebut dijangka kehilangan 7 kerusi iaitu Sabak, Gombak Setia, Dusun Tua, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Tanjong Sepat.

“Sekiranya sokongan bukan Melayu merosot sehingga 25% akibat kontroversi PAS, parti tersebut akan turut kehilangan Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras,” jelas Tony sambil menambah bahawa PAS hanya akan berjaya mengekalkan tiga kerusi.

Malah katanya lagi, tiga kerusi ini masih tidak selamat walaupun undi Melayu merosot sekadar 5% manakala undi bukan Melayu merudum sehingga 30%, PAS akan pastinya ‘bungkus’.

Tony turut menegaskan bahawa sekiranya pilihanraya mengejut diadakan, Pakatan Rakyat pastinya tidak akan mampu mengekalkan kedudukan mentadbir negeri, manakala yang akan menang besar pastilah Umno.

“Kedegilan PAS menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengundang pilihanraya mengejut yang akan menyebabkan Pas kalah teruk serta mengembalikan Selangor kepada Umno,” tegasnya lagi.

Setiausaha Publisiti DAP itu menambah bahawa Pas mestilah bersama-sama semangat Pakatan demi menunaikan janjinya kepada rakyat Selangor.
MiM ulangi, memang benarlah sangkaan MiM bahawa mesyuarat khas parti PAS pada 10hb ini tidak akan ada yang mengejutkan selain daripada keputusan kepimpinan PAS yang akan tunduk dan ikut cakap DAP.

Yang hairannya ialah Tony Pua, ahli politik DAP masih lagi bercakap tentang 'undi Melayu' dan 'undi bukan Melayu'. 

Bukankah DAP mendabik dada kononnya parti Malaysian bukan perkauman?

Bukankah itu hipokrit namanya?

Jika difikirkan kembali, kenapa PAS perlu dengar cakap Tony Pua itu?

Siapa Tony Pua DAP itu?

Bodohlah PAS jika terpedaya dengan 'analisis' ahli politik DAP itu.

source : dr mim

No comments: