NUFFNANG

Wednesday, 12 February 2014

TERKINI !! KARPAL WILCHA BERJAYA GUNA TAKTIK TANGGUH , KES SAMBUNG 28 FEBRUARI

TERKINI !! KARPAL WILCHA BERJAYA GUNA TAKTIK TANGGUH , KES SAMBUNG 28 FEBRUARI


3.00 PETANG Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan petang Rabu menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memangil semula saksi pendakwaan bekas pegawai polis Supt Jude Blacious Pereira.
Peguam Anwar, Karpal Singh kemudian berhujah mintak TANGGUH untuk buat rayuan di Mahkamah Persekutuan mengenai keputusan hakim hari ini. Ini merupakan taktik biasa Anwar dalam perbicaraan kes liwat sebelum ini.
Hakim tangguhkan persidangan 10 minit untuk buat keputusan.
Panel hakim kemudiannya memberitahu, mereka menerima permohonan Karpal dan kes akan disebut semula pada 28 Febuari depan.
Sebelum itu, pagi Rabu, Karpal  berhujah dalam permohonannya untuk memanggil Supt Jude Blacious Pereira ke mahkamah memberi keterangan sebagai saksi membangkitkan lagi soal Shafee jadi pendakwaraya, sedangkan semalam panel lima hakim Mahkamah Persekutuan (mahkamah paling tinggi) kata tak ada masalah Shafee jadi pendakwaraya.
Karpal berhujah Shafee patut menarik diri sebagai ketua pasukan pendakwaan kerana pada 10 Januari 2014 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan Pereira untuk diterima sebagai peguam berikutan inkuiri SUHAKAM yang dipengerusikan oleh Shafee mendapati Pereira sebagai saksi yang tidak kredibel (tak boleh dipercayai).
Karpal mempertikaikan peranan Shafee dalam ikuiri berkenaan dan  dalam kes rayuan kali ini sebagai bercanggah dengan Peraturan 3 (a) dan 5 (a) Etika Perjawatan Perundangan 1976.
Karpal seterusnya memberitahu mahkamah bahawa Shafee pernah didenda RM5000 oleh Majlis Peguam.
shafee1
Shafee bangun membantah kenyataan Karpal yang menurutnya adalah pendekatan mengikut "pintu belakang" untuk membangkitkan isu denda berkenaan.
Ram Singh yang berhujah selepas Karpal berkata ketika Pereira memberi keterangan, keputusan inkuiri SUHAKAM belum dikeluarkan lagi.
Katanya sekiranya laporan inkuiri itu dikeluarkan lebih awal, sudah tentu hakim ketika itu yang memutuskan memanggil Anwar membela diri sudah pasti akan membuat keputusan yang berbeza.
Dalam hujah balas pendakwaan, Timbalan Pendakwaraya Mohd Hanafiah Zakaria berkata laporan SUHAKAM diperolehi semasa perbicaraan Anwar sedang berlangsung. Katanya prosiding perbicaraan bermula pada 3 Februari 2010 dan Anwar dipanggil membela diri pada 11 Mei, 2011.
Hanafiah berkata Seksyen 61 diperuntukkan untuk mendapatkan bukti tambahan dan bukan untuk memanggil saksi tambahan.
Katanya kredibiliti Pereira dibangkitkan bukan sahaja semasa pendakwaan tetapi juga ketika pembelaan.
Shafee selepas itu menyambung pendakwaraya berkata di bawah Seksyen 61, Karpal mesti menjelaskan pengenalan tambahan yang dia mahukan.
karpalxxr
Menurutnya di dalam notis permohonan, Karpal memohon kebenaran memanggil Pereira, tetapi pengenalan dan sebab utama tidak dinyatakan.
"Laporan SUHAKAM ditanda sebagai pengenalan dokumen dan bukan sebagai exhibit (bahan bukti).
"Mereka tidak membuat permohonan untuk memanggil SUHAKAM untuk mengesahkan laporan itu sebagai bukti.
"Semasa perbicaraan, Pereira mengaku telah berbohong semasa inkuiri SUHAKAM," katanya.
Menurut Shafee, Anwar buang masa saja panggil semula Jude Blacious Pereira. Pereira pernah lakukan kesalahan dan disiasat di bawah SUHAKAM.
"Pereira kalau dipanggil balik boleh dipersoalkan topik yang sama. Kita bantah sebab dia sudah ditanya banyak kali berkenaan tingkah laku beliau bersama 5 peguam Majlis Peguam yang ditangkap di Brickfield atas sebab berdemo.
"Keputusan SUHAKAM dalam angkara ini menjadi asas kepada keputusan mahkamah baru- baru ini. Jadi kalau Anwar dah tahu dia kena tangkap, kenapa hendak panggil Jude lagi."
Prosiding ditangguhkan sehingga 2.30 petang.
Sekiranya permohonan Karpal ditolak, Mahkamah akan terus mendengar rayuan Shafee yang mewakili Kerajaan Malaysia.

No comments: