PRK Kajang : Sejauh Mana Kenyataan Wan Azizah Dapat Dipegang ?
AIDCNews – 22/2/14 – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu “membantu” Selangor dan bukannya mahu menjadi Menteri Besar baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Untuk (Anwar) menjadi menteri besar belum tentu lagi, memang sebab kita hendak tawarkan Anwar untuk berkhidmat kepada rakyat di peringkat (DUN).
“Tan Sri Khalid sudah mengendalikan kerajaan negeri dan kita sudah tengok sebagai Menteri Besar Selangor… tidak ada cacat cela, tidak pernah ambil duit tanah dan sebagainya. Kehadiran Anwar pula di (DUN Kajang) adalah untuk membantu,”katanya kepadaAntarapos.
Ini merupakan komen pertama Wan Azizah mengenai PRK Kajang setelah Anwar diumumkan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu yang dimenangi oleh Lee Chin Cheh pada pilihan raya umum lalu.
Kenyataan Wan Azizah kontradik dengan kenyataan Anwar ketika bercakap kepada Australia Network’s Newslinebaru-baru ini yang membayangkan beliau bersedia mengambil alih jawatan MB baharu dan proses perbincangan dengan Abdul Khalid sedang dijalankan.
Anwar juga memberitahu Newsline bahawa Khalid bakal diturunkan sebagai MB dan menggantikan tempatnya sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
Kenyataan Wan Azizah juga tidak selari dengan bancian alat perang saraf Anwar, UMcedel (Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya) yang mempromosi Anwar sebagai MB Selangor yang baharu.
“Soalannya, PRK DUN Kajang wajar diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar. 59 peratus kata ya, ini bermakna pengundi Kajang berbangga dapat menteri besar baru,” kata Pengarah UMcedel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
Begitu juga dengan tindakan pengikut-pengikut Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mencemarkan imej Abdul Khalid sebagai MB menggunakan isu PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor), SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd) dan hutang dengan Bank Islam Malaysia yang bernilai USD18 juta (RM66.67 juta).
source : aidc
No comments:
Post a Comment