NUFFNANG

Friday, 21 February 2014

CILI KASI TARUK! APA SALAHNYA KALAU ADA MELAYU KAYA DI MALAYSIA?

CILI KASI TARUK! APA SALAHNYA KALAU ADA MELAYU KAYA DI MALAYSIA?

Ok, aku  nak share dengan korang satu artikel yang telah aku petik dari Facebook mengenai Datuk Mokhzani Mahathir. Mari kita baca

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Mokhzani kerana telah berjaya menyertai senarai 
10 individu terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business. Seperti biasa, beberapa orang 
Melayu dari parti pembangkang menyerang kejayaan beliau sebab Datuk merupakan anak kepada 
Tun Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia. Jika orang bukan Melayu menyerang 
Datuk saya tidak berapa marah, tetapi kes sekarang ini Melayu sendiri menyerang saudara seagama 
dan sebangsa kerana beliau telah berjaya, dan yang lebih menyedihkan adalah beberapa fakta yang dilontarkan oleh Melayu pembangkang ini SALAH. Saya akan huraikan satu demi satu.

Sebelum itu sedikit sejarah berkenaan SapuraKencana. Datuk Mokhzani mendapat ijazah Bachelor 
of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan, sudah jelas beliau mahir dalam bidang petroleum. Beliau menubuhkan s
ebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and 
Gas service provider,IT,automotif dan hartanah. Subsidiarinya syarikat Kencana Petroleum 
bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 menghasilkan SapuraKencana iaitu 
sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar negara.

Pertama sekali beberapa Melayu pembangkang melontar hujahan bahawa Datuk Mokhzani 
menjadi kaya kerana ayahnya bekas Perdana Menteri. Tetapi beliau bermula kerja sebagai 
‘wellsite operations engineer’ di Sarawak Shell Berhad. Saya tidak pasti jika Tun mempunyai 
pengaruh yang kuat sehingga boleh manipulasi sebuah syarikat petroleum mlik Britain dan Belanda 
untuk melantik anaknya, kalau benar hujahan tersebut maka memang hebat Tun. Sehubung 
dengan itu ‘wellsite operation engineer’ adalah kerja yang sukar kerana beliau terpaksa bekerja 
di tengah-tengah lautan, saya pasti kalau benar hujahan pihak pembangkang, Tun akan terus 
lantik anaknya ke dalam kerja pejabat yang lebih selesa.

Kedua, Melayu pembangkang menyatakan bahawa perniagaan Datuk Mokhzani mencuri minyak 
negara. Ini tidak benar, kerana syarikat SapuraKencana bukan sebuah syarikat minyak, tetapi ia 
adalah sebuah syarikat kejuruteraan petroleum yang membantu syarikat minyak dalam segala 
urusan daripada menggali minyak hingga ke pemasangan paip minyak :

" providing end-to-end solutions and services to the upstream petroleum industry, and covers a
ctivities such as installation of offshore pipelines and structures, fabrication of offshore structures, accommodation and support vessels, drilling vessels, hook-up and commissioning, topside 
maintenance services, underwater services, offshore geotechnical and geophysical services, 
project management, diving services, offshore support services, infrastructure and specialised 
steel fabrication works." (official website)

Tiada penjelasan berkenaan penjualan minyak,jadi setitik petroleum negara pun Datuk Mokhzani 
tidak ambil.

Ketiga, pihak pembangkang menyatakan bahawa Datuk Mokhzani tidak boleh berjaya tanpa 
pertolongan Tun dan kerajaan Malaysia. Ini juga tidak benar kerana di website syarikat Sapura
Kencana, ia berkata bahawa syarikat itu bergerak aktif di negara China,Australia,Timur Tengah,
America dan Brazil. Mustahil kerajaan dapat manipulasi keputusan syarikat-syarikat petroleum 
di negara luar untuk memberi kontrak kepada SapuraKencana,melainkan semua negara ini 
dikawal oleh DS Najib dan Tun.

Dengan penjelasan ini, saya berharap pihak pembangkang tidak mempertikaikan kekayaan Datuk Mokhzani. Lebih-lebih lagi kejayaan syarikat beliau akan mengharumkan nama negara dan juga menambah pendapatan negara, syarikat beliau membayar cukai RM165juta kepada kerajaan 
Malaysia pada 2013 yang disalurkan kepada pembinaan infrastruktur awam demi rakyat. Berapa 
cukai yang Anwar bayar kepada kerajaan setiap tahun? Jadi apabila syarikat beliau menambah keuntungan, ia akan memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia melalui cukai dan juga kepada
 umat Islam melalui zakat. Saya berbangga seorang bumiputera boleh menubuhkan sebuah syarikat
 yang berjaya bukan sahaja di Malaysia,malah di negara asing. Semoga Datuk terus mendapat 
kejayaan dalam masa akan datang.

-AR-

HOUSE PK: Pelik kan orang fuckatan riot ni? Asal ada melayu kaya je mesti mereka pertikai. Bila Cina kaya mereka diam je kan? Dari 40 terkaya tu cuba bilang berapa melayu, berapa cina? Akai ada ka? Apa pun penjelasan ini sangat bagus dan aku harap kita semua sokong dan doakan agar lebih ramai melayu yang mejadi berjaya seperti mereka!

No comments: