NUFFNANG

Sunday 23 February 2014

Malaysia memalukan negara demokrasi maju berkaitan TPPA, kata profesor universiti Auckland

Malaysia memalukan negara demokrasi maju berkaitan TPPA, kata profesor universiti Auckland

FEBRUARY 22, 2014
Malaysia memalukan negara demokrasi maju dengan keterbukaannya berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Profesor Undang-Undang Universiti Auckland, Jane Kelsey.
Khamis lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa danIndustri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar), berkata teks draf TPPA akan dikeluarkan bagi membolehkan penelitian terperinci dan debat awam sebelum perjanjian akhir dimeterai.
Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak pernah dilakukan Malaysia, Kelsey  berkata, kenyataan Mustapa itu selari dengan surat terbuka ahli Parlimen daripada tujuh negara, termasuk Malaysia dan New Zealand, yang dikeluarkan minggu lalu.
"Sebaliknya, Menteri Perdagangan NewZealand, Tim Groser mengenepikan seruan daripada ahli Parlimen, termasuk daripada parti Greens, New Zealand First, Maori dan Mana.
"Selain itu, kerajaan menghalang parti Buruh daripada mengemukakan usul yang sama di Parlimen," kata Kelsey dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan dari UniversitiAuckland.
Kelsey berkata, antara kebimbangan Malaysia, termasuk harta intelek, dasar tembakau, penyelesaian pertelingkahan antara negara dan pelabur, perusahaan milik kerajaan serta pemerolehan kerajaan yang memberi keutamaan kepada Bumiputera.
Menurutnya, rundingan peringkat menteri di Singapura yang bermula hari ini, akan berusaha untuk memuktamadkan hampir semua perjanjian itu.
"Fokus kemudiannya akan beralih kepada persoalan penting mengenai akses pasaran pertanian, automobil dan tekstil," katanya.
Kelsey meramalkan beberapa isu lain yang masih wujud akan menjadi cip tawar menawar dalam penyelesaian akhir dan bukannya batu penghalang kepada perjanjian akhir, melainkan terdapat bantahan domestik yang memaksa kerajaan Malaysia tidak menandatangani perjanjian perdagangan berkenaan.
"Malaysia nampaknya membayangkan perkara itu mungkin berlaku jika mereka tidak dapat melindungi dasar sosial dan pembangunan ekonomi yang penting.
"Malah, mereka sudah pun menarik diri daripada Perjanjian Perdagangan Bebas dengan AS pada 2009. Adakah New Zealand bersedia mendengar pandangan rakyatnya dan melakukan tindakan yang sama?" tanya beliau. – Bernama, 

source : mi

No comments: