NUFFNANG

Friday 14 February 2014

TERUSKAN BERMIMPI RAFIZI ! Teruskanlah bermimpi Rafizi.

RAFIZI, PAKAR STRATEGI KONON!

rafizi_11Adakah Rafizi Ramli sudah mendekati zaman kejatuhannya? Dari satu kesilapan kepada satu kesilapan yang lain, pakar strategi PKR ini gagal untuk meyakinkan umum bahawa apa yang berlaku di Kajang adalah langkah PKR untuk mengukuhkan kedudukannya di Selangor tetapi hanya satu percaturan bagi memastikan kelangsungan dan survival politik Anwar Ibrahim yang semakin tidak relevan. Tidak lebih dari itu.
Lagi pula, kedudukan apa yang mahu diperkukuh lagi kerana memang sudah terang lagi bersuluh, Selangor adalah milik pembangkang?
Seperti Azmin, Rafizi memang dikenali sebagai individu yang bercita-cita besar dalam politik terutamanya dalam PKR. Dari skandal NFC dan sekarang giat ‘mengajar’ umum tentang GST, Rafizi selalu meletakkan dirinya di hadapan tanpa mengira apa pun. Lihat saja keangkuhannya melanggar BAFIA sewaktu mendedahkan skandal NFC.
Daripada pengakuan bahawa dia adalah pencetus idea membawa Anwar masuk ke Selangor kepada permohonan maaf – yang disertakan dengan drama air mata – Rafizi kelihatan hilang punca untuk memberi penjelasan yang dinanti-nantikan oleh umum berkaitan PRK Kajang.
Menggunakan Kajang sebagai batu loncatan untuk Anwar ke Putrajaya, hanya penyokong tegar Rafizi dan PKR sahaja yang akan bulat-bulat percaya serta menerima penipuan secara terang-terangan ini.
Rafizi juga kelihatannya sudah mula mencari musuh dengan penyokong-penyokong Khalid Ibrahim bila dia menyatakan bahawa Anwar adalah pilihan yang lebik baik bagi Selangor. Bagaimanalah agaknya nasib Rafizi dalam pilihan raya parti yang dijangkakan berlangsung tidak lama lagi? Lagi pula umum tahu bahawa Khalid Ibrahim adalah ‘orang’ Wan Azizah dan ini juga bererti Rafizi mencari nahas.
Bagi seorang pakar strategi, Rafizi kelihatan seperti seorang amatur. Adakah dia sudah kehilangan magisnya?
Mungkin Rafizi hanya akan mencalar kelancaran kempen Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor kerana setiap apa yang keluar dari mulut Rafizi saat ini hanya akan terus mengelirukan semua dengan dolak-daliknya.
Rafizi silap langkah sekiranya dia berfikir bahawa semua ini akan menjadi titik mula dalam memposisikan dirinya bagi merebut jawatan tinggi dalam pilihan raya parti akan datang dan menjadi ‘kesayangan’ terbaru Anwar selepas Azmin. 
Teruskanlah bermimpi Rafizi.

No comments: