NUFFNANG

Thursday 13 February 2014

BERANIKAH LIM KIT SIANG & ANAKNYA JAWAB SOALAN-SOALAN PANAS INI ??? PRK #KAJANG

BERANIKAH LIM KIT SIANG & ANAKNYA JAWAB SOALAN-SOALAN PANAS INI ??? PRK #KAJANG

Cermin diri dulu ! Inilah konklusi rakyat apabila merujuk kepada omongan Lim Kit Siang DAP yang seolah-olah diri beliau suci bersih dan tidak pernah terlibat di dalam mengapi-apikan sentimen perkauman yang ekstrem. 




Sebelum beliau mahu menasihatkan orang lain supaya 'bersatu dan meminggirkan ekstremis serta pengkhianat negara' beliau patut insaf dahulu, mengaku dan meminta maaf secara terbuka tentang penglibatan parti DAP di dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. 

Selagi tidak meminta maaf, selagi itulah rakyat sukar untuk mempercayai keikhlasan veteran tua DAP dan partinya itu. 

Dalam masa yang sama, MiM bersetuju dengan soalan-soalan yang ditimbulkan oleh Dr Mohd Puad Zarkashi. Beliau meminta Penasihat DAP, Lim Kit Siang memperjelaskan siapakah yang dimaksudkan sebagai golongan ekstrimis dan pengkhianat negara. 

Menurut beliau, Kit Siang turut mendakwa bahawa golongan ekstrimis dan pengkhianat negara itu sebagai mereka yang cuba menimbulkan kekacuan dengan mengapi-apikan isu sentimen agama dan perkauman. 
"Saya nak tahu siapa atau golongan manakah yang Lim Kit Siang katakan itu. Apakah kata-kata beliau itu sebenarnya ditujukan pada dirinya sendiri? Bukankah beliau penasihat DAP? 
“Bukankah selama yang kita tahu hari ini, golongan yang menimbulkan isu sensitif dan seringkali mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama adalah dari DAP. Siapa yang seringkali bersifat ekstrim dalam politik kalau bukan DAP? Apakah beliau mengutuk partinya sendiri?,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini. 
Penasihat DAP itu dilaporkan berkata demikian di dalam sebuah forum yang diadakan bersempena ulang tahun ke-111 Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan bekas Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.
 
Jelas Puad, terlalu banyak bukti berhubung kenyataan-kenyataan dan perbuatan kepimpinan DAP yang jelas mengapi-apikan isu sentimen perkauman dan agama sejak dari dulu lagi. 
“Siapakah yang paling lantang mengkritik Islam dan Melayu, dengan menghamburkan kata-kata yang menyinggung perasaan bangsa Melayu di negara ini kalau bukan DAP? 
Dan yang terbaru sebagai contohnya dalam isu kalimah Allah. Mengapa Karpal beria-ria mendesak tentang hal kalimah Allah, sedangkan dia bukannya seorang Kristian? 
"Contohnya lagi dari soal pendidikan. Selama ini pernahkah kita dengar DAP membela sekolah kebangsaan? Sedangkan di dalam sekolah kebangsaan terdapat juga kaum Cina di sana. Mengapakah DAP lantang membela soal Sekolah Jenis Kebangsaan?,” tegasnya. 
Justeru itu kata beliau lagi, apa yang dimaksudkan oleh Penasihat DAP itu adalah partinya sendiri yang seringkali menimbulkan isu-isu sensitif berhubung kaum dan agama sepanjang parti tersebut bertapak di negara ini. 
"Yang ekstrim dan pengkhianat negara sebenarnya adalah DAP. Mereka tidak hormat pada perlembagaan negara, mereka tidak hormat pada undang-undang negara, mereka sesuka hati memperlekehkan kaum-kaum lain dan hanya meninggikan serta memuliakan kaum mereka saja. 
"Ini adalah disebabkan DAP tidak akan mendapat sokongan kaum Cina di negara ini tanpa menjadikan soal perkauman sebagai modal politiknya. Survival politik DAP adalah bergantung kepada isu perkauman. DAP takkan hidup jika tidak menjadikan isu perkauman sebagai perjuangan politik mereka," jelasnya . seterusnya
Kita juga menyarankan kepada Lim Kit Siang supaya menegur anak beliau, Lim Guan Eng DAP supaya turut tidak mengapi-apikan isu perkauman di dalam kenyataan akhbar dan perutusan hari perayaan.

Ironinya, Guan Eng DAP sudah kurang menyentuh isu kalimah Allah yang beliau cetuskan tidak lama dulu. 



Apa tidaknya, Guan Eng mahu kalimah Allah digunakan di dalam kitab Kristian tetapi negeri di bawah pentadbiran beliau sendiri melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah!

Seperti yang kita tahu, undang-undang Syariah Pulau Pinang melarang penggunaan kalimah "Allah" dan 39 perkatan lain daripada digunakan oleh orang bukan Islam.

Dan larangan itu diperuntukkan di bawah sub seksyen 48 (3) dan (4) Enakmen Pulau Pinang Pentadbiran Agama Islam 2004, eksklusif hanya kepada umat Islam.

Jurucakap Jabatan Mufti Pulau Pinang berkata, selain dilarang daripada menggunakan kata-kata, orang bukan Islam juga dilarang untuk menulis atau menyiarkan apa-apa perkataan dalam apa-apa bentuk versi atau terjemahan dalam apa-apa bahasa. Malah larangan tersebut turut diperluaskan kepada untuk tidak digunakan dalam apa-apa bahan publisiti dalam apa bentuk, termasuk cetak, elektronik dan mana-mana bentuk, yang boleh menghina kesucian agama Islam. 
Undang-undang itu dikuatkuasakan pada 29 April 2010.
Mereka yang didapati melanggar perintah itu akan didakwa di bawah Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996. Seksyen itu berkata mana-mana orang, sama ada dia Islam atau tidak, yang memajukan doktrin atau kepercayaan agama selain daripada doktrin agama Islam atau kepercayaan di kalangan umat Islam adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dibicarakan di mahkamah sivil dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. seterusnya

Dan Lim Guan Eng DAP yang merupakan salah seorang daripada penyebab polemik kalimah Allah yang membangkitkan kemarahan umat Islam negara ini masih berdiam diri tidak memberi respons padahal ianya tentang negeri di bawah kerajaan beliau sendiri!

Tiada respons tiada jawapan daripada 'Setiausaha Agung DAP' itu padahal beliau begitu cepat memberi respons kepada isu-isu lain!

source : dr mim

No comments: