NUFFNANG

Thursday 27 February 2014

Exco Pemuda PAS : Inikah Balasan PKR Terhadap Presiden PAS ?

Exco Pemuda PAS : Inikah Balasan PKR Terhadap Presiden PAS ?

AIDCNews – 26/2/14 – Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari bertanya adakah kes saman bernilai RM2 juta yang dilakukan oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah pembalasan pengorbanan PAS terhadap parti itu selama ini.
Ahmad Fadhli yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan merujuk kenyataan pihak tertentu yang menganggap isu saman Shamsul terhadap Abdul Hadi adalah isu peribadi, sedangkan PAS selama ini menganggap isu liwat yang membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan isu peribadi.
“Ikuti tulisan nukilan catatan hati oleh seorang aktivist PAS apabila ada pihak tertentu mengangap isu saman 2 juta terhadap presiden PAS sebagai isu perbadi … sungguh kejam dunia ini …,”katanya dalam laman sosial Zaharudin Muhammad.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam kenyataannya semalam mendakwa isu saman RM2 juta membabitkan Shamsul dan Presiden PAS adalah isu peribadi dan bukannya isu parti.
“…bagi saya kes saman ini tidak perlu melibatkan parti, kerana ianya soal peribadi iaitu yang melibatkan di antara orang yang disaman dan orang yang menyaman,” katanya.
Kenyataan penuh Ustaz Ahmad Fadhli Shaari :
INIKAH BALASAN KEPADA TUAN GURU PRESIDEN KITA ?! ORANG PAS TIDAK PERNAH ANGGAP KES ANWAR SEBAGAI ISU PERIBADI
Ikuti tulisan nukilan catatan hati oleh seorang aktivist PAS apabila ada pihak tertentu mengangap isu saman 2 juta terhadap presiden PAS sebagai isu perbadi … sungguh kejam dunia ini …
“Pada tahun 1998, di bulan Ramadhan, saya yang menjadi imam tarawih di masjid Subang (almarhum Ustaz Dahlan yang menjadi imam pada masa itu) sanggup mengambil bas di awal pagi semata-mata untuk memasuki mahkamah bagi mengikuti perbicaraan DSAI. Bahkan sebelum penangkapan DSAI pada 21 September 1998, beliau datang ke Kota Bharu dan rakyat Kelantan bersesak-sesak untuk hadir.
Demikianlah setiap kes yang melibatkan DSAI diikuti dengan penuh prihatin dan minat oleh anak-anak muda di dalam PAS termasuklah apabila kesnya (Liwat II) diputuskan pada 9 Januari 2012 yang mendapati beliau tidak bersalah. Kerahan solat hajat diadakan bagi memohon supaya beliau dibebaskan dari fitnah.
Demikian juga dalam episod saman menyaman beliau dengan pemimpin-pemimpin UMNO (boleh dilihat dihttp://ms.m.wikipedia.org/wiki/Saman_menyaman_Anwar_Ibrahim), sentiasa pemimpin PAS khususnya TGNA mengutuskan doa agar beliau menang.
Alhamdulillah sehingga kini, tidak pernah saya mendengar pimpinan tertinggi PAS khususnya TGNA menyatakan kes DSAI bersifat peribadi antara beliau dan mahkamah.
Wallahualam, adakah selepas ini ia akan dianggap peribadi atau tidak, hanya Allah yang maha mengetahui.
*Ustaz Ahmad Fadhli Shaari adalah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan. Di dalam parti sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan & Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia.”
source : aidc

No comments: