ANWAR MENANG MUDAH DI KAJANG. BN HAMPIR MENYERAH KALAH!!
Malapetaka paling besar buat umat Islam di Malaysia apabila agama, masjid dan surau digunakan oleh pemabuk kuasa untuk meraih pengaruh dan sokongan rakyat.
Malapetaka buat umat Islam negara ini akan lebih cepat lagi menerjah umat Islam apabila gejala mengguna agama, masjid dan surau ini disokong oleh para jemaah, ahli kariah dan mereka-mereka yang merasakan diri mereka sudah faham apa itu agama dan merasakan apa yang meraka lakukan ini adalah sebahagian dari amal Islami.
Lebih dahsyat lagi para jemaah dan ahli kariah ini membutakan mata penglihatan dan mata hati mereka dari menerima realiti bahawa segala isu seperti liberalisma, LGBT dan penggunaan kalimah Allah adalah di antara perjuangan dan amalan yang didokong oleh si penyampai tazkirah ini.
Tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan pemikiran dan persepsi para jemaah dan ahli kariah ini yang sudah termakan, terkeliru dan teruja dengan "persembahan zahiriah" penyampai tazkirah ini dengan mengambil kesimpulan bahawa segala kemungkaran liberalisma, LGBT dan sokongan penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian itu adalah semata-mata fitnah dan dusta yang dilakukan oleh pihak pemerintah terhadap pejuang LGBT ini.
Tiada sesiapa pun kalangan pemimpin negara ini yang mampu menggunakan ke dua-dua tempat ibadat, iaitu "masjid dan gereja sekali gus", untuk tujuan politik dan kuasa kecuali Anwar Ibrahim.
Wajah yang pelbagai ini berjaya mempelbagaikan sokongan dari pelbagai golongan etnik dan dari pelbagai anutan agama serta kepercayaan di atas platform masjid, gereja, etnicity, budaya dan adat resam semua agama yang dianuti oleh semua rakyat di negara ini.
Di hadapan kaum cina menyanyikan lagu pembakar semangat melayu, "anak kecil main api" untuk membakar sentimen cina. Di majlis agama dan adat kaum Indiamenunjukkan kebolehan menyanyi dan menari resam India melebihi kemahiran yang di miliki oleh kaum India sendiri. Di dalam masjid pula dia memetik ayat, hadis dan kata-kata hikmah mengatasi alim ulamak dan para pujangga.
Semua ini berlaku secara bebas kerana pemerintah sudah hilang punca dan cara untuk menguruskan manusia yang menyerupai jelmaan dajjal ini.
Jelmaan Dajjal ini bersalah kerana mempergunakan pelbagai kebolehan untuk memukau manusia. Pemerintah pula lebih-lebih bersalah lagi kerana membiarkan manusia jelmaan dajjal ini terus memukau dan mempengaruhi manusia supaya menuruti segala kehendak dan kemahuannya semahu mungkin.
Pemerintah yang tidak punya pegangan dalam pimpinannya tidak mugkin mampu berhadapan dengan manusia jelmaan dajjal kerana iblis dan syaitan juga mempunyai keutamaannya sendiri.
Iblis dan syaitan mendokong segala kerja keji dan yang berupaya menambah kerosakan yang berlaku di kalangan umat. Tetapi jika wujud dua puak yang bertelagah dan amalan ke dua-duanya boleh mendatangkan kerosakan kepada agama dan umat seluruhnya, maka iblis dan syaitan akan mendokong puak yang paling berpotensi dan mampu mendatangkan kerosakan paling besar di dalam agama dan di kalangan umat.
Dalam hal ini, Anwar Ibrahim dilihat lebih mendapat sokongan padu dari segala jenis iblis dan syaitan. Itu sebabnya dia bebas dan boleh masuk masjid, surau, gereja, kuil, biara dan segala tempat ibadat umat manusia.
No comments:
Post a Comment