Kes Liwat: Anwar Fail Permohonan Kali Ketiga Gugur Shafee
PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali ketiga memfailkan permohonan untuk menggugurkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Permohonan yang akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 3 Mac ini dibuat atas alasan peguam terbabit pernah didapati bersalah melanggar peruntukan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan dikenakan hukuman denda RM5,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Majlis Peguam pada 5 Oktober 2012.
Permohonan tersebut difailkan pada Selasa lalu.
Baru-baru ini Anwar gagal lagi dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwatnya.
Pasukan panel hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan, permohonan Anwar tidak berjaya ekoran terdapat kenyataan luar yang hanya dibawa ke mahkamah tetapi tidak ditampilkan bersama bukti kukuh.
“Keputusan kami selepas melihat keputusan ini, untuk mengesahkan kelayakan Tan Sri Shafee menjadi pendakwaraya ekoran kenyataan Mat Zain yang hanya dibuat diluar dan beliau tidak hadir.
“Jadi kami tidak boleh terima itu,” katanya – Antarapos
source : aidc
No comments:
Post a Comment