NUFFNANG

Monday, 24 February 2014

GEMPARRR..!!! ANWAR NAK MASUK UMNO SEMULA..???!!!

GEMPARRR..!!! ANWAR NAK MASUK UMNO SEMULA..???!!!

Seorang rakan bukan Melayu menghantar print-screen dari Malaysian Insider di 
atas kat saya baru-baru ni. Cerita pasal Anwar... saya ada baca berita tu... 
antara petikan menarik, Anwar berkata...
"Before I was from Umno. I don't hate Umno members. What I am against,
and will fight, is their policy of corruption that continues to burden the
people.
Dan di akhir berita tu.. Anwar ada kata...
"I know who I am. At one point I was the acting prime minister. Then, I
was also put in jail."

Kita semua tahu, Anwar pernah berada dalam UMNO. Bukan sekadar ahli biasa, 
dia pernah jadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan PM.. bukan Timbalan 
Menteri tau, tapi TPM. 

Dari ayat kat atas tu, Anwar sendiri mengaku dia tidak membenci ahli UMNO. Itu 
pendirian terkini Anwar dalam menghadapi PRK Kajang. 

Apa yang dia mahu sekarang ialah "lawan dengan polisi yang korup yang membebankan 
rakyat". Maknanya, dia nak lawan "rasuah" yang kononnya ada dalam UMNO la tu... 
itu kata Anwar...

Saya yakin, Anwar punya kenangan pahit dalam UMNO. Tapi rasanya tak siapa 
dapat nafikan betapa "indahnya nostalgia Anwar" masa dia dalam UMNO. Dia 
cepat naik. Dia seolah-olah "anak emas" Tun M. Dia betul-betul "express" terus ke 
atas...


Masa dia jadi student, dia pernah kena tahan ISA dengan Ibrahim Ali sebab berdemo. 
Tapi lepas keluar dari Kamunting, Tun M kutip dia, ajar dia dan Anwar naik dari satu 
tangga ke satu tangga, sampai la dia jadi Timbalan Presiden UMNO...

Macamana Anwar naik? Cara Anwar naik memang hebat. Ramai yang tahu... Anwar 
tabur "pink form" dan "beg-beg penuh berisi duit". Setakat sampul kecik-kecik ni 
dia tak main laaa... Sebab tu saya heran bila dia kata dia nak "fight against policy of 
corruption" tu...


Saya yakin, sepanjang karier Anwar, dia takkan lupa segala yang dia dapat dalam 
UMNO. Walau UMNO tidak la semewah seperti yang disangka, Anwar akan 
ada-adakan kemewahan tu untuk dirinya. Orang lain tak berani kata apa.. 
maklum la.. "anak emas" Tun M...

Privilege yang Anwar dapat tu memang terlalu istimewa. Dia dapat "red carpet
di US masa tu. Imej Anwar memang "clean" habis... seolah-olah, dia la "hero 
idaman Malaya". Siapa yang tak "kembang hidung" bebbb..? Saya yakin Anwar 
ingat segala kenangan tu...

Saya ingat lagi, masa dia dilepaskan dari penjara Sg Buloh oleh Pak Lah, 
ada ura-ura mengatakan Anwar nak masuk UMNO semula. Khabarnya, Anwar dah 
deal dengan Pak Lah yang teruk diserang Tun M dulu...Tak tahu la "rumors" tu betul 
atau tidak...

Difahamkan, cerita tu memberitahu Pak Lah sebagai Presiden UMNO akan ampunkan 
Anwar dan terima Anwar masuk UMNO semula. Tapi "rumors" tu mati begitu saja bila 
ramai pihak dalam UMNO bantah sekeras-kerasnya Anwar masuk UMNO semula... 
sebab tu la Anwar tak jadi masuk UMNO balik time tu kot...


Ada satu lagi dakwaan bahawa Anwar dikatakan pernah bersusah payah 
bertemu Najib di rumahnya secara rahsia sebelum ini membincang sesuatu 
yang serius. Khabarnya pasal kes liwat dia dengan Saiful Bukhari vs isu 
fitnah Altantuya terhadap Najib. Kononnya Anwar nak "trade in", tapi Najib "reject"...

Saya berpandangan bahawa Anwar masih "setia dan rindu" pada UMNO. 
Rasanya Anwar seolah-olah nak masuk UMNO semula, tapi dia risau. Kalau orang 
tanya, dah tentu la dia tak mengaku...kan?

Saya yakin, Anwar sedar bahawa dia hanya boleh jadi PM dengan selesa sekiranya 
dia berada di dalam UMNO. Kalau dia jadi PM dalam Pakatan Haram, Anwar mungkin 
sedar dia hanya "PM boneka" yang perlu dengar cakap DAP dan PAS.. maklum la.. 
PKR tu minoriti..! Heh!


Jiwa Anwar dikatakan "jiwa UMNO". Kalau dia "jiwa PAS", dah lama dia dia ikut 
bapa angkatnya, Allahyarham Yusuf Rawa masuk PAS...Tapi Anwar pilih UMNO...
Anwar tak masuk UMNO sebelum ni sebab ramai pihak yang bantah dia masuk UMNO 
semula...

Persoalannya, apakah Anwar akan sekali lagi berusaha senyap-senyap ke rumah 
Najib dan merayu nak masuk UMNO semula? Percayakah kita bahawa Anwar 
tidak suka kenangan-kenangannya dalam UMNO dulu kembali semula untuk dirinya?

Kaki Anwar dulu pernah selangkah berada di kerusi PM. Namun akibat gopoh, 
rahsianya pecah dan terhumban ke penjara. Apakah UMNO akan menerima 
Anwar semula? Sebelum ni ramai pemimpin derhaka pada UMNO yang 
diterima masuk semula..kan? Bersediakah kita menerima Anwar?

Secara peribadi, saya katakan TIDAK SAMA SEKALI..!!!

Posted by 

source : the duke's blog

No comments: