NUFFNANG

Thursday 27 February 2014

SEMAKIN PANASSSS !! Kami Bersama Ulama Muda Haraki Bantah Cadangan Anwar

Kami Bersama Ulama Muda Haraki Bantah Cadangan Anwar

AIDCNews – 27/2/14 – Laman sosial pro ulama, ‘Kami Bersama Ulama Muda Haraki’ membantah cadangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu kes saman bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diselesaikan di luar mahkamah.
Menurut laman sosial itu, sepatutnya kes itu diselesaikan di dalam mahkamah dan bukannya di luar mahkamah sepertimana yang disarankan Anwar.
“Selesai dalam mahkamah.
“Kamu dah jatuhkan maruah Presiden kami, senang-senang nak tarik perhatian penyokong PAS…KAMI DAH TAHU PERMAINAN KAMU, “kata laman sosial itu dua jam yang lalu.
Laman sosial itu turut menyiarkan kenyataan Anwar dalam muka depan Sinar Harian hari ini yang berbunyi;
“Pimpinan telah nasihat dulu, tetapi keluarga (Mohd Shamsul) berkeras.
“Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi. Kita sedang usahakan.”
Bernama hari ini melaporkan Abdul Hadi hari ini telah menfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta menerusi peguamnya, Asmuni Awi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Asmuni berkata mahkamah juga menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh pendengaran permohonan berhubung kes itu.
“Saya akan hantar salinan permohonan itu kepada peguam plaintif dalam masa terdekat, sementara itu jika ada apa-apa hujah mereka boleh failkan kalau ada peluang kita jawab terhadap dokumen yang mereka failkan.
“Sebenarnya kita baru ketahui kehadiran perintah ini Ahad lalu (23 Feb) walaupun perintah itu masuk pada Isnin (17 Feb) kerana plaintif tidak berkomunikasi dengan kami,” katanya kepada pemberita pada Khamis.
Ahad lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Dis tahun lalu.
Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Dalam perkembangan lain, laman sosial, ‘Kami Bersama Ulama Muda Haraki’ turut menyiarkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR DUN Seri Setia, YB Nik Nazmi Nik Ahmad yang disifatkannya sebagai jahil.
Nik Nazmi yang Timbalan Speaker DUN Selangor dalam kenyataannya menganggap isu hudud adalah isu remeh.
source : aidc




No comments: