NUFFNANG

Friday, 21 February 2014

PANASSS DAN GEMPAQ !! DUN SELANGOR BAKAL DIBUBAR SELEPAS MB KHALID MENGADAP SULTAN

DUN SELANGOR BAKAL DIBUBAR SELEPAS MB KHALID MENGADAP SULTAN


Kedudukan Kerajaan Negeri Selangor bakal berubah apabila pada masa yang sesuai 
MB khalid mengadap Sultan Selangor untuk memohon perkenan membubarkan Dewan 
Undangan Negeri Selangor. Ianya berkaitan Keresahan rakyat Selangor dengan politiking 
yang keterlaluan dan bodoh-bodoh mengosongkan Dun Kajang tanpa sebab.


Jika DYMM Sultan Selangor memperkenan pembubaran DUN Selangor maka Pilihanraya
 Negeri khas untuk Selangor bakal diadakan.


Keresahan dan kemarahan rakyat Selangor menjadi semakin membara kerana 
DUN Kajang tidak ada kematian, tidak ada masalah Mahkamah tetapi dikosongkan 
dengan sengaja tanpa sebab.


Negeri Selangor yang makmur kini ditimpa pelbagai musibah antaranya Kebakaran 
Besar semalam, Sampah di Kajang tidak mampu diurus, bekalan air di beberapa 
kawasan sudah hampir dua minggu tiada air, malah pasukan bolasepak yang dibiayai 
dengan wang yang banyak juga kalah Besar baru-baru ini kepada JDT.


Beberapa NGO dan ahli-ahli akademik, profesional dan individu di Shah Alam dan Klang 
akan merafak sembah untuk bertemu DYMM Sultan Selangor dalam masa terdekat. 
Sama ada DYMM Sultan Selangor menitah pembubaran atau MB Khalid mengadap 
memohon pembubaran ianya akan terjawab dalam pertemuan tersebut.

source : mymassa

No comments: