NUFFNANG

Tuesday, 25 February 2014

PERHATIAN ! SPR DEDAHKAN MAKLUMAT PALSU TENTANG PRK #KAJANG !!!

PERHATIAN ! SPR DEDAHKAN MAKLUMAT PALSU TENTANG PRK #KAJANG !!!

Sebelum ini, Chegu Bard telah mengeluarkan kenyataan bertajuk Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Harus Minimakan Ruang Manipulasi yang mendakwa Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah 'mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang.'



Beliau mendakwa kononnya apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA.

Dakwaan CheguBard itu hanya sekadar menimbulkan prasangka kerana beliau menggunakan perkataan 'seolah-olah' , 'tidak menolak' , 'satu kebetulan' dan pelbagai lagi persoalan persepsi.

Tetapi kenyataan Chegubard di bawah adalah agak melampau dan tidak berasas : 
Sebagai sebuah badan yang tercalar teruk menafikan demokrasi dalam PRU lalu, SPR harusnya terarah untuk menjadi lebih bersih bagi mengembalikan keyakinan orang ramai. Namun pemerhatian SAMM setakat ini, SPR tetap tidak berubah dan tidak punya usaha yang nyata untuk perbaiki kelemahan. SPR terus diperkudakan pemerintah.
Inilah sikap pembangkang yang begitu senang melontar tuduhan demi tuduhan untuk memburuk-burukkan SPR dan BN. Tetapi kita tahu, tuduhan mereka itu hanya sekadar omongan tin kosong.  

Di bawah adalah jawapan SPR yang menyekolahkan CheguBard ! Shame !    
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai penyebaran maklumat serta gambartertentu oleh pihak tidak bertanggungjawab tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang termasuk kehadiran beberapa bas persiaran ke kawasan itu. 
Kenyataan SPR di sini hari ini menyebut laporan dan gambar itu disebar dengan tujuan menimbulkan persepsi bahawa akan berlaku manipulasi dalam PRK Kajang termasuk menggunakan warganegara asing sebagai pengundi. 
"Laporan itu juga dikaitkan dengan kelewatan tarikh PRK Kajang. Bagi SPR laporan itu sengaja ditulis sebagai strategi untuk memburukkan SPR," menurut kenyataan itu. 
Pada 19 Februari lalu, sebuah portal media menerbitkan artikel bertajuk 'Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Patut Minimakan Ruang Manipulasi' yang antara lain mendakwa Solidariti Anak Muda Malaysia telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga Myanmar di hadapan stesen Keretapi Tanah Melayu di Kajang.

SPR menyifatkan laporan itu sebagai tidak berasas sambil memberi jaminan perjalanan semua pilihan raya dibuat secara telus berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ada.

Kenyataan itu menyebut berdasarkan laporan itu, penulis artikeltidak faham dan sengaja memutarbelitkan gambar serta fakta untuk mengelirukan orang ramai bahawa SPR tidak telus.

"Sekiranya beliau tidak faham atau tidak jelas berhubung penjalanan pilihan raya, beliau boleh berjumpa dengan SPR dan bukannya mengelirukan orang ramai dengan pelbagai tuduhan," menurut kenyataan itu

Selain itu, SPR menegaskan tiada petugasnya yang termasuk dalam kategori pengundi awal dalam pilihan raya itu, sebaliknya pengundi awal bagi PRK Kajang hanya melibatkan 1,197 anggota polis.

Menurut kenyataan itu lagi pelantikan petugas PRK Kajang dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dilantik SPR dan bukannya oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor atau Ibu Pejabat SPR.

"SPR tidak boleh campur tangan dan menetapkan siapa yang akan dipilih untuk bertugas. Perkara itu terpulanglah kepada budi bicara Pegawai Pengurus Pilihan Raya berdasarkan syarat dan panduan yang ditetapkan oleh SPR," menurut kenyataan itu.

Menjelas lanjut tentang isu petugas PRK Kajang, SPR memaklumkan sebanyak 65 peratus daripadanya diambil dari luar Kajang dan mereka juga bukan pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai langkah untuk mengurangkan jumlah pengundi pos.
 
"Baki 35 peratus lagi adalah petugas-petugas yang terdiri daripada pengundi-pengundi di Kajang. Bagi petugas-petugas PRK yang juga pengundi di DUN Kajang, mereka diberi pilihan sama ada untuk mengundi secara biasa atau memohon untuk mengundi melalui pos.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lalu.

SPR menetapkan 11 Mac untuk penamaan calon dan pengundian pada 23 Mac bagi pilihan raya kecil itu.

Barisan Nasional menamakan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon manakala PKR meletakkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim - BERNAMA
Rakyat tentu mual dengan tektik pakatan pembangkang yang telah memperbodoh-bodohkan kita pada PRU13 yang lalu, kononnya wujud berpuluh ribu warga Bangladesh yang mengundi untuk BN.

Bukti video pembohongan Pakatan pembangkang

Pembohongan terang-terangan ini turut dinafikan oleh negara Bangladesh dan sehingga ke hari ini, pembangkang tidak dapat mengesahkan tuduhan mereka itu. 

Dan setelah ditipu bulat-bulat, masih ada rakyat yang mahu percaya lagi dengan isu 'pengundi luar negeri' ini? 

Pengundi DUN Kajang perlu tahu perkara ini dan juga menolak calon PKR.

Anwar Ibrahim juga berjanji untuk pencen dari politik jika gagal menawan Putrajaya tetapi beliau tidak menunaikan janji beliau. Pelbagai lagi putar belit dan pembohongan Pakatan pembangkang yang suka hati mereka sahaja menafikan undi warga Kajang sebelum ini. Dan mereka ini yang mahu menjaga kesejahteraan warga Kajang? Tidak masuk akal langsung.

CheguBard juga mungkin sudah lupa cerita beliau sebelum ini di mana saranan beliau tidak dipedulikan oleh Anwar Ibrahim, DAP dan kepimpinan Pembangkang. 

Malu sungguh malu ! Baca cerita CheguBard di sini

source : dr mim

No comments: