NUFFNANG

Friday, 28 February 2014

#PRK KAJANG: TAZKIRAH JUMAAT - AWAS KEMUNCULAN DIKTATOR GANAS!!!

#PRK KAJANG: TAZKIRAH JUMAAT - AWAS KEMUNCULAN DIKTATOR GANAS!!!


Antara tanda-tanda kemunculan Dajjal di akhir zaman adalah 
apabila kemaksiatan, fitnah, penipuan dan kekacauan timbul merata 
tempat. Bumi ditimpa pelbagai bala seperti kemarau kekeringan, 
jerebu, kebakaran, penyakit melata dan manusia lebih mementingkan kuasa 
dan harta dari beriman pada Allah.

Umat Islam akan berpecah belah akibat cuba menegakkan kebathilan 
dan kezaliman. Sedangkan kaum kafir bersatu menindas umat Islam 
yang semakin lemah akibat terlalu taksub dengan keduniaan.

Jangan kita ambil mudah tanda-tanda ini. Jika tahun 1997/1998 lalu, 
negara mengalami krisis air yang agak parah, jerebu yang teruk. 
Tanda-tanda tersebut akhirnya menjadi petunjuk kepada pemecatan 
seorang manusia yang bejat bermaksiat.

Tahun 2013 dengan slogan kesukaan Dajjal: Ini kalilah (Inni qalillah) atau 
Akulah Tuhanmumenjadi ikutan segelintir manusia untuk 
memberontak menjatuhkan sebuah kerajaan umat Islam. Namun atas 
petunjuk Allah jua, jerebu dan kabut memenuhi ruang udara Malaysia 
telah berjaya mengagalkan pemberontakkan tersebut.

Kini jerebu, kepanasan dan kekeringan hebat melanda negara 
kita setelah manusia itu berhasrat merebut jawatan lagi...Kali ini apa pula 
yang bakal Allah tunjukkan lagi kepada kita?

Semoga apa yang berlaku memberikan keinsafan kepada kita untuk 
bersatu mempertahankan keamanan negara kita.

No comments: