PANAS ! AKHBAR BAHASA CINA BONGKAR TEMBELANG ANWAR IBRAHIM PRK #KAJANG !!!
Suratkhabar Nanyang Siangpau telah membongkar tembelang Anwar Ibrahim !
1. Akhbar itu menyiarkan artikel mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah platform terbaik untuk membongkar tembelang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kononnya hendak menjadi hero dan membela nasib rakyat Selangor.
Artikel yang ditulis pengkritik semasa, Loh Han Chew bertajuk ‘Orang-orang Kajang sila tanya Anwar’ disiarkan dalam Ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C9. Sejak kerusi DUN Kajang dikosongkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Lee Chin Cheh, ramai tidak setuju kerana PRK itu disengajakan.
Bagaimanapun, bekas Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Ambiga terpaksa ‘menelan’ kata-katanya apabila membuat pusingan U ‘merestui’ PRK Kajang kerana melihat peluang dan kesempatan untuk rakyat menilai semula prestasi kerajaan Barisan Nasional (BN).
Beliau dibidas kerana mahu menilai Kerajaan Pusat memerintah selama 300 hari sedangkan hal sama perlu dilakukan ke atas tiga buah negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, justeru barulah dikira adil.
Sementara itu, Dong Zong sepertimana biasa akan mengambil kesempatan pada setiap kali pilihan raya untuk mengemukakan beberapa tuntutan yang dibuat kepada Anwar dan kerajaan Pusat.
Kepada Anwar, Dong Zong meminta kerajaan negeri Selangor di bawah PKR meluluskan beberapa permohonan termasuk membina sekolah menengah swasta Cina di atas tanah 2.02 hektar dan tapak tanah KolejNew Century.
Ramai melihat Dong Zong seolah-olah mahu mengaut ‘keuntungan’ kiri dan kanan, namun peluang keemasan itu perlu dibuat dalam PRK.
Rakyat perlu tahu, ketika Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan Menteri Kewangan, peruntukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) hanya mendapat peratusan kecil berbanding peruntukan kepada Sekolah Kebangsaan.
Pada 1987, beliau hanya memberi peruntukan sebanyak RM10 kepada SJKC! Bukankah beliau telah memandang rendah dan menghina SJKC?
Menerusi Ops Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, Anwar melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di SJKC dan ini mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain.
Beliau bukan sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa SJKC tidak perlu kekalkan jawatan Majlis Pengelola Sekolah-Sekolah Cina pada 22 Mei 1990, malah pernah menuduh Dong Zong adalah pertubuhan dan kumpulan subversif sekitar 1991.
Anwar juga sering menggunakan maklumat palsu menekan SJKC dengan mengatakan jumlah penduduk kaum Cina di Wangsa Maju hanya dua peratus dan tidak ada keperluan membina SJKC di kawasan berkenaan.
Hakikatnya, penduduk Melayu dan Cina di kawasan Wangsa Maju masing-masing mewakili 40 peratus, tetapi empat buah Sekolah Rendah Kebangsaan telah dibina, manakala tidak ada sebuah SJKC dibenarkan wujud di kawasan itu.
Anwar tetap ego dengan keputusannya, biarpun TimbalanPerdana Menteri ketika itu, Tun Ghaffar Babamengizinkan pembinaan SJKC di Wangsa Maju.
Ironinya setelah menjadi Penasihat PKR, Anwar memberi alasan tidak masuk akal bagi merasionalkan tindakannya sebelum ini menghantar guru-guru tidak tahu berbahasa Mandarin ke SJKC.
Katanya, guru-guru terbabit dihantar bagi membantu guru-guru besar SJKC membuat surat-surat rasmi kepada jabatan dan kementerian Pelajaran, kerana ramai guru-guru besar di SJKC tidak faham berbahasa Melayu.
Ini benar-benar satu penipuan besar, jika tidak tahu menulis surat dan tidak tahu berbahasa Melayu bagaimana pula boleh layak menjadi guru besar?
Sedangkan kelayakan untuk jadi guru biasa pun perlu kepujian bahasa Melayu ! sumber2. Anda boleh lihat sendiri sandiwara Anwar Ibrahim yang menipu terang-terangan.
3. Dan jika pengundi Kajang terutamanya kaum Cina membaca tembelang Anwar yang dilaporkan oleh Nanyang Siang Pau, PRK Kajang adalah tempat terbaik untuk 'mengajar' Anwar dengan tidak mengundi beliau.
4. Adalah tidak cerdik untuk pengundi Cina Kajang mengundi calon yang menipu besar dan tidak prihatin kepada mereka sebelum ini.
5. MiM juga menyambut baik dan menyokong Chew Mei Fun sebagai calon BN di PRK Kajang. Dan jika warga Kajang mahukan wakil rakyat yang benar-benar dekat dan sentiasa bersama mereka, Chew Mei Fun adalah pilihan terbaik yang sudah pasti dapat memfokuskan masa beliau di DUN Kajang.
6. Tidak seperti Anwar Ibrahim yang juga memegang jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang dan beliau juga sering ke luar negeri untuk menghadiri pelbagai program.
7. Maka sudah tentu timbul ketidakmampuan Anwar secara peribadi untuk berada di Kajang sekerap yang diharapkan oleh warga Kajang. Dan MiM pasti warga Kajang tidak mahu wakil Anwar Ibrahim yang bertanya khabar.
8. Rasionalisasi mudah ini perlu difikirkan oleh pengundi Kajang terutamanya pengundi Cina. Chew Mei Fun mempunyai track record dan pengalaman yang sangat baik sebagai wakil rakyat dan juga memegang potfolio dalam kementerian sebelum ini.
9. Tambahan pula, calon BN itu bukan bekas banduan seperti Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa.
10. Malah, calon BN ini bertindak berani dan tegas meletakkan jawatan parti kerana membantah moral kepimpinan tertinggi MCA sebelum ini.
11. Anwar Ibrahim pula berdepan dengan persoalan dan kes yang melibatkan moral beliau sendiri.
12. Maka, rasionalnya ialah untuk memilih Chew Mei Fun sebagai wakil ADUN Kajang.
Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Chew Mei Fun berazam meneruskan rekod cemerlangnya dalam mendampingi dan membantu rakyat sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN berkenaan pada 23 Mac ini.
Beliau berkata, kepercayaan daripada pengundi itu akan digalas bagi menyatupadukan kekuatan BN di Selangor di samping menjamin suara daripada segenap lapisan masyarakat didengari di dalam DUN negeri itu.
"Saya memohon restu dan sokongan pengundi Kajang supaya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang yang mana dapat memperkuatkan lagi peranan kami sebagai pembangkang di Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mei Fun menjelaskan, berdasarkan rekod pencapaiannya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini, beliau berikrar akan terus menjadi seorang wakil rakyat yang mudah didampingi, dihubungi dan benar-benar membantu rakyat.
Perkara tersebut kata beliau, merupakan janjinya kepada pengundi Kajang dan akan menggalas serta memikul tanggungjawab secara terus kepada pengundi, bukannya melalui pembantu dan setiausahanya.
"Saya dengan penuh rendah hati menyeru semua pengundi Kajang supaya memberi peluang kepada saya dan BN, untuk berkhidmat serta bekerja untuk semua," katanya.
Menurutnya, sebagai menghormati semangat demokrasi, beliau akan berdepan PRK kali ini kerana tidak mahu melihat mana-mana pihak yang berhasrat memanipulasi prinsip demokrasi negara terlepas sewenang-wenangnya. sumber
source : dr mim
No comments:
Post a Comment