MSO Sahkah PAS Pujuk Khalid Ibrahim?
AIDCNews - Penulis pro reformasi, Mohd Sayuti Omar seolah-olah mengesahkan bahawa terdapat usaha pimpinan tertinggi PAS memujuk Tan Sri Khalid Ibrahim agar mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar (MB) Selangor sama ada kekal dalam PKR atau menyertai PAS.
MSO mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengetahui tentang pertemuan PAS-Khalid itu, sebab itu bekas Perdana Menteri disifatkannya sebagai menambah racun apabila mencadangkan PAS lebih layak daripada PKR menjadi MB Selangor.
“Saya yakin Mahathir sengaja memberi racun dan menahan lukah dipergentingan. Rasanya Mahathir tahu hakikat yang berlaku di Selangor. Mungkin dia memberi pandangan ‘kunun’nya ikhlas itu selepas dia tahu apa yang dua orang pemimpin tertinggi PAS sudah lakukan. Beberapa hari sebelum beliau menabur racun itu, dua orang pemimpin tertinggi PAS dikhabarkan telah berjumpa dengan Khalid Ibrahim.
“Dalam perjumpaan itu mereka memberi cadangan kepada Khalid agar terus menjadi MB dan tidak meletak jawatan untuk beri laluan kepada Anwar. Dalam kata lain PAS akan sedia menyokong Khalid. Ada juga mengatakan Khalid diajak menyertai Pas. Kalau ini merupakan satu kebenaran ia sangat merbahaya kepada politik Pakatan Rakyat. Lebih dahsyat lagi ia menyerlah hati budi pemimpin PAS berkenaan.
“Tetapi tindakan dan political animal begitu tidak akan mudah memberi kejayaan. Mereka yang mencadang begitu untuk mempertahankan Khalid barang kali lupa kepada sikap dan pendirian rakan mereka yang satu lagi DAP. DAP tidak mudah melacurkan diri dan pelahap kepada jawatan, atau pun mengambil sikap membocorkan perahu di tengah lautan. Mungkin dua pemimpin itu lupa kepada keteguhan parti Cina itu?
“Kebenaran mengenai perkara ini tidak dapat disahkan bagaimana pun ia sudah menjadi percakapan dalaman. Tetapi ada dua perkembangan selepas itu boleh dianggap menyokong maklumat berkenaan. Pertamanya Mahathir telah memberi sokongan kepada usaha dua pemimpin tertinggi PAS itu dengan mengatakan sudah sampai PAS diberi peluang jadi MB. Dan kedua, malam tadi Anwar Ibrahim seakan tergesa-gera terbang ke Kota Bharu menemui Tokguru Nik Aziz?
“Pemergian Anwar ke Kota Bharu hanya untuk berjumpa Nik Aziz itu seperti ada perkara besar sedang bergolak di dalam Pakatan Rakyat, khas mengenai sikap PAS terhadap pelan transisi jawatan MB. Mungkin.
“Tidak perlu diulas panjang, sama-sama kita tunggu perkembangan selanjut,” katanya dalam tulisan terbaru di blognya bertajuk “Ada pemimpin Pas pujuk Khalid terus jadi MB?.”
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Nasaie Ismail dilaporkan Antarapos hari ini berkata Anwar tidak perlu menjadi MB seandainya beliau mahu memberi sumbangan kepada Kerajaan Selangor.
“Kalaulah berlaku kemenangan kepada Anwar di DUN Kajang, tak jadi menteri besar sekali pun dia cukup kuat untuk memberi bantuan kepada kerajaan negeri Selangor.
“Jadi dia duduk dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sebagai wakil rakyat, itu pun sebenarnya boleh memberi kredit yang besar kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat, katanya.
Taib (Mat Taib) ke dalam pentadbiran negeri Selangor sebagai usaha untuk checkmate PAS.
Sebelum ini, PAS Selangor tidak pernah menonjolkan nama Mat Taib, walaupun bekas Menteri Besar Selangor itu menyertai parti tersebut.
Sebaliknya PAS hanya menonjolkan dua nama daripada orang kuasa partinya sendiri, iaitu Iskandar Abdul Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Dr. Abdul Rani Osman, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkaitan apa-apa peranan tentang kerajaan negeri itu.
“Pengumuman Anwar semalam di hadapan hard-core PKR supporters, bahawa dia bersiap sedia untuk membawa kembali Tan Sri Muhammad Hj Muhammad Taib ke dalam pentadbiran negeri Selangor memang memeranjatkan ramai ahli PKR.
“Apakah wujud keperluan Anwar nak checkmate Pas dalam keadaan dia memerlukan sokongan parti Islam tersebut di Kajang?
“Apakah tidak cukup masalah yang ada dalam PKR pada ketika ini. Membawa masuk Mat Taib hanya akan mendatangkan masalah kepada parti,” dedah blog itu.
source : aidc
No comments:
Post a Comment