NUFFNANG

Thursday 27 February 2014

Tun Daim dedah tabiat Anwar dan mahu Najib tegas.

Tun Daim dedah tabiat Anwar dan mahu Najib tegas.

Tun Daim Zainuddin,satu tokoh politik yang tidak asing lagi di negara ini.

Ramai pihak memandang tinggi terhadap kebolehan beliau dalam menjana ekonomi dan membantu kerajaan dalam penstrukturan kewangan negara.

Tun Daim juga merupakan bekas menteri kewangan yang banyak memberi sumbangan terhadap ekonomi dan beliau juga seorang tokoh perniagaan yang terkenal di Malaysia.

Sepanjang beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beberapa projek penswastaan telah dijalankan dan berkesan.Polisi beliau yang terkenal ialah, pinjam daripada dalam negeri dan biarkan wang itu berkitar semula untuk dalam negeri.

Malaysian Airline System Bhd., (MAS) Tenaga Nasional Bhd., (TNB), Airod, Projek Lebuhraya Utara Selatan dan sebagainya adalah contoh kejayaan dasar penswastaan. Bukan itu sahaja, Tun Daim telah berjaya menghasilkan ramai usahawan Melayu, korporat-korporat Melayu menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Melihat kepada situasi politik terkini negara dimana Anwar semakin rakus memburu kuasa,Tun Daim dalam satu wawancara media telah menempelak pemimpin itu.Tun Daim menyifatkan Anwar sebagai seorang pemimpin yang gilakan kuasa dan kemaruk pulisiti murahan.

Tun Daim turut menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai seorang ketua yang rakus yang tidak bijak menyelesaikan masalah serta seorang yang mahukan perhatian di dalam media.Kepada generasi yang tidak mengetahui,Tun Daim juga merupakan salah seorang guru kepada Anwar Ibrahim dalam bidang kewangan.

"Anwar tidak pernah dapat menyelesaikan sebarang masalah (ketawa). Sekali lagi Anwar buktikan beliau pemimpin yang lemah. Dia tidak dipilih oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun dia mempunyai kuasa yang besar dan berpengaruh dalam parti itu.Dia merancang perjalanan parti setakat ini,presiden dan pemimpin yang tertinggi yang lain umpama tunggul."ujar beliau lagi.

Selain itu juga,Tun Daim turut menegur kepimpinan Datuk Seri Najib.Beliau menggesa agar Perdana Menteri itu melakukan satu tindakan yang drastik dalam pentadbirannya dan perlu bertindak tegas dalam segala hal untuk membuang persepsi negatif bahawa Perdana Menteri Malaysia seorang yang lemah.

"Apa yang kita mahu ialah untuk memastikan bahawa kerajaan pimpinan Datuk seri Najib sedang bergerak di landasan yang betul,di mana rakyat berasa yakin terhadap kerajaan dan terus menyokong kerajaan.
"Kamu(kerajaan) perlu merancang sesuatu agar rakyat tahu langkah yang diambil oleh kerajaan,jika langkah itu menguntungkan mereka,mereka akan menyokong sepenuhnya."tambah beliau lagi.

Kenyataan Tun Daim ini juga telah menimbulkan kemarahan di kem PKR.Tinjauan di laman sosial mendapati banyak pihak upahan PKR menghina dan memaki hamun Tun Daim dengan kata-kata kesat demi membela tabiat buruk Anwar Ibrahim-UtaraNews.
source : utara news

No comments: