Anwar Guna Gambar ‘Recycle’ Konon Dia Mendapat Sambutan Hebat Di Jepun
February 28, 2014
Oleh Zul Rawi
Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar ‘recycle’ bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.
Menurut Shaik Mohamad Amin, 28 gambartersebut sebenarnya berlaku ketika pembacaan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang itu pada 9 Januari 2012. Sebagai salah seorang jurugambar yang bertugas dia turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.
“Tindakan, Anwar yang sengaja menyebarkan ‘gambar recycle’ itu untuk menunjukkan seolah-olah dia mendapat sambutan hangat dan luar biasa ketika berada di Jepun, adalah satu cubaan untuk memperbodoh-bodohkan masyarakat.
“Sebagai seorang pemimpin yang kononnya ‘anugerah tuhan’, dia tidak sepatutnya menggunakan pendekatan murahan seperti itu,” ujarnya.
Isu gambar recycle ini bermula, apabila semalam (27 Feb) seorang penyokong Anwar @OrenjiRenOren telah memuat-naikkan gambar tersebut pada pukul 12:35 petang dengan mengatakan status “Biar gambar berbicara ketibaan @anwaribrahim di Narita Airport”.
Seterusnya pada pukul 12:52 petang, status tersebut telah ‘diretweet’ oleh Anwar dengan menggunakan akaun rasminya seolah-olah bersetuju dengan ‘status’ tersebut. ‘Retweet’ Anwar itu kemudiannya telah disebarkan pula oleh para pengikutnya yang beranggapan kononnya ketibaan Anwar di Jepun benar-benar mendapat sambutan yang hebat dari pihak media di sana.
Shaik turut beranggapan, tindakan terdesak itu mungkin dilakukan bagi membersihkan kembali imejnya yang sebelum ini tercalar kerana dihalang dari memasuki ke negara tersebut’.
Pertengahan bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan berita mengenai Anwar yang dihalau pulang apabila pihak imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke negara itu.
Demi untuk mengelakkan maruahnya dari tercalar, Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk memalukannya.
Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, kerana gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.
Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.
source : mykmu.net
No comments:
Post a Comment