NUFFNANG

Wednesday 26 February 2014

YDP PAS Gombak Hilang Mood Bantu Anwar Di Kajang

YDP PAS Gombak Hilang Mood Bantu Anwar Di Kajang

AIDCNews – 25/2/14- Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir melahirkan 
rasa kekecewaan terhadap insiden keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 
yang mengarahkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman 
berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan 
Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul 
Mat Amin pada Ahad lalu.

Menurutnya bukan soal wang saman yang berjumlah RM2 juta, sebaliknya soal maruah 
Presiden PAS telah diperkotak katikkan oleh rakan daripada parti kompenan sendiri.
Ini menyebabkan beliau hilang mood untuk turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN)
 Kajang bagi membantu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding 
di situ.

“Masalah dua juta boleh settle insya Allah. Satu seruan jihad je dibuat melimpah 
duit datang.
“Tapi bukan soal wang…soal maruah tuan guru aku. Tak ada mood langsung nak 
ke Kajang kepas ni,” katanya dalam laman sosial peribadi, salehhuddin.mohdnasir.

Laman sosial pro ulama PAS, El Haraki turut menyokong kenyataan Yang Dipertua PAS
Gombak itu.
“Kami selaku pendokong jemaah yang kita cintai ini menyokong kenyataan YDP PAS
Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.
“Ia bukan soal duit, tetapi soal maruah. Sekarang ini siapa yang tak setia kawan?,” 
katanya.
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata isu saman yang 
dikemukakan calon PKR Mohd. Shamsul ke atas Abdul Hadi boleh dielakkan dan dapat
 diselesaikan di luar mahkamah jika Penasihat PKR, Anwar Ibrahim bersungguh-
sungguh mahu menyelesaikannya.

Zaid melahirkan kehairanan mengapa Anwar yang diangkat sebagai Ketua 
Pembangkang bertindak mendiamkan diri dan tidak mengarahkan Mohd. Shamsul
 menarik balik saman terbabit sehingga maruah Presiden PAS tercalar apabila diperintah
 mahkamah membayar saman berjumlah RM2 juta kepada calon PKR itu.

Isu ini tidak harus dilihat secara sempit. Ini lebih besar iaitu menunjukkan seolah-olah
 ada sesuatu yang tidak kena, yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan
 yang serius di antara PKR dengan PAS. Dari segi moral tindakan wakil PKR di 
Terengganu menyaman Presiden PAS hanya menunjukkan kecelaruan dalam pakatan.

“Mengapa Anwar hanya berdiam diri dalam isu ini yang sudah berlaku sejak pilihan raya 
umum lalu? Mengapa Anwar membiarkan ahli partinya mengemukakan saman terhadap
 rakan karibnya sendiri? Tidakkah ini mengelirukan rakyat dan penyokong pakatan,”
 katanya dalam satu kenyataan semalam, dilaporkan Utusan Malaysia.

source : aidc

No comments: