Peratus mahu Anwar MB: Banci Unspinners 7% ... UMCEDEL 0.86%!!!
Setelah 7 hari survey dibuat, nampaknya pilihan paling teramai pada 44% menyatakan nama-nama yang dibanci bukan pilihan mereka. Baik Khalid, Azmin, Anwar, Dr Rani dan Iskandar, semua tidak dianggap MB yang sesuai.
Mungkin blog ini ramai dikunjungi pembaca pro-BN, namun begitu ada 56% membuat pilihan antara yang lima. Mereka ini mungkin mencerminkan pilihan penyokong pembangkang, pengundi atas pagar dan penyokong BN.
Dari mereka berlima, pilihan utama yang jauh mendahului yang lain adalah Tan Sri Khalid Ibrahim pada 31%. Nama lain tidak menerima undi cukup untuk dapat kelihatan jumlah undi dan peratusan pada carta pun!!!
Dato Seri Anwar hanya menjadi pilihan 8% yang terliat dengan banci ini. Malah undi yang diterima lebih kurang sama dengan Dr Rani PAS yang menerima 8% undi.
Manakala ADUN PAS Iskandar yang tidak berapa dikenali ramai menerima 5% undi.
Azmin yang begitu dikenali dan dikatakan punya ramai pengikut hanya mendapat 2% undi.
Auta UMCEDEL
Sebaik saja Unspinners nak habis dengan survey ini, UMCEDEL di Universiti Malaya yang diketuai oleh orang ABIM penyoong Anwar mengeluarkan survey mereka dan dilaporkan FMT semalam di SINI
Tajuk FMT mengatakan banci mereka menyatakan pengundi mahu Anwar jadi MB
Suatu yang jelas adalah banci UMCEDEL bertujuan untuk menyelamatkan Anwar dari serangan dalam rupa isu-isu tertentu seperti
- Pembaziran wang dengan membuat PRK
- Isu kalimah Allah
- Boikot PAS
- Salahlaku rasuah,
- harga barang naik,
Nampak sangat baik laporan FMT atau banci UMCEDEL di ubahsuai. Banci cuma melibatkan 576 dari lebih 39 ruu pengundi.
Menarik sekali dalam repot ini adalah mereka hanya kata secara lalu bahawa isu yang bising disuarakan di Kajang adalah hal maintenance, banjir dan kesesakan lalulintas. Semua melibatkan kerajaan negeri.
Highway dah banyak kerajaan pusat buat tapi sediakah kerajaan negeri runtuhkan pekan Kajang supaya jalan lebih mudah... apa lagi Khalid ... boleh buat duit ni. Kamu baik dengan developer... wakakaka
Ditolak orang awam
Membandingkan banci UMCEDEL hanya 576 berbanding dengan banci Unspinners yang melibatkan lebih dari 1,700 responden, indicator sentimen menolak Anwar untuk jadi MB yang begitu ketara.
Banci ini boleh dinafikan atas pelbagai sebab dan diakui bahawa banci ini mempunyai banyak kelemahan. Malah diakui bahawa ini bukan petunjuk untuk PRK Kajang.
Isunya menang atau kalahya Anwar di Kajang tidak bermakna dia diterima awam. Bila disebut awam, atau rakyat, ia tak semestinya melibatkan rakyat Kajang saja atau pengundi atau penyokong PR saja. Malah PAS menolak Anwar bertanding di Kajang.
Survey yang hanya melibatkan pembaca dan pengunjung blog dan mempunyai bias tertentu memberi angka bahawa ada sampel tertentu menunjukkan Anwar bukan pilihan rakyat.
Harus ingat bahawa sampel dalam blog yang pro BN ini menerima 56% undi yang memilih nama-nama pembangkang.
Apahal pun nampaknya ....
Khalid tak mahu kosongkan kerusi MB bila dengar Azmin yang 2% akan dilantik Timbalan MB sebaik Anwar 8% dan 0.86% dilantik MB.
ANWAR ORANG TAK MAHU TERIMA KAMU SEBAGAI MB. LUPAKANLAH NAK DERHAKA DAN JATUHKAN KUASA RAJA LANTIK MB!!!
source : the unspinners
No comments:
Post a Comment