NUFFNANG

Monday 24 February 2014

PBS: KETUA PENGARAH KATA LAIN, CIKGU-CIKGI BESAR KATA LAIN.. APA CERRR..?

PBS: KETUA PENGARAH KATA LAIN, CIKGU-CIKGI BESAR KATA LAIN.. APA CERRR..?

Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih pada pihak Kementerian Pendidikan 
sebab "tangguh"kan PBS sehingga diputuskan oleh Menteri Pendidikan kita, Tan Sri 
Muhyiddin Yasin. Pada saya ia adalah satu tindakan positif dari sudut "mendengar 
suara hati cikgu-cikgi" kita...

Selain meneliti semula PBS dan cuba mengurangkan beban guru dari sistem baru 
pendidikan tu, KPM juga secara tidak langsung memberitahu tentang kewujudan 
"war room KPM" bagi menangani masalah-masalah PBS tu.. 

Saya ingatkan parti politik saja yang ada "war room", tapi KPM pun ada..? Heh! 
Tapi okay la tuuu... cuma nama "war room" tu saja yang kurang sesuai kot... heheeee...

aporan tu bunyi macam semua cikgu-cikgi kita boleh tarik nafas lega... bunyinya 
betul-betul melegakan hati depa yang tengah panas.. maklum la... beban tu kononnya 
di"stop"kan KPM...

Cuma yang tak sedapnya ialah bila...

Guru-guru besar di sekolah-sekolah ramai yang memberi amaran kepada cikgu-cikgi 
kita supaya terus "key in" data dalam sistem PBS tu macam biasa....

Katanya, kalau betul pun Kementerian tangguhkan PBS, ia hanya dikaji semula 
dan tak semestinya PBS tu dibatalkan perlaksanaannya. Atas alasan "tak mahu kalut 
kena key in data banyak-banyak" selepas PBS dilaksanakan semula, cikgu-cikgi besar 
tu suruh jugak la cikgu-cikgi kecik teruskan PBS...

Apa maknanya? Makna, walaupun KPM cakap cikgu-cikgi boleh stop sekejap PBS, 
cikgu-cikgu "besar" pulak "over ride" kenyataan KPM tu dengan mengarahkan 
cikgu-cikgi "kecik" kita tu teruskan PBS...

Pi mai pi mai, tang tu jugak laaa...kan? Kalau macam tu, apa gunanya KPM buat 
statement? Suruh saja cikgu-cikgi "besar" kita tu buat "statement"...kan? Nampaknya 
gurubesar dan pengetua di sekolah "lebih besar" dari Ketua Pengarah KPM...kan?

Pada saya, KPM perlu beri arahan direct pada guru-guru besar ni. Guru-guru besar 
pulak, jangan la pulak buat perkara yang bertentangan dengan apa yang diarahkan 
KPM... macam tu baru betul.

Kalau betul PBS ditangguhkan perlaksanaannya, maka suruh la cikgu-cikgi ni stop 
betul-betul. Tak payah key in data dulu, tapi keep in rekod cara lama yang 
dikatakan "lebih mudah". Data kena ada. Nanti kalau KPM dah buat keputusan, 
baru la deliver data tu...

Lagipun, apa gunanya cikgu-cikgi kita terus key ini data kalau nak masuk website tu 
pun masih congested? Kalau key ini data pun dan ambil masa berjam-jam untuk 
save satu persatu data tu, apa gunanya? Guru-guru besar tu saja nak bagi 
cikgu-cikgi kita ni stress ke?

Apa kata kalau kita suruh je cikgu-cikgi "besar" kita tu key ini data dalam sistem 
database PBS tu. Tak payah la suruh semua tingkatan. Suruh dia try buat untuk satu 
kelas yang ada 40 orang murid saja selama sebulan... kita tengok lepas tu depa ada 
penyakit "darah tinggi" tak? Hahahahaaaa....

Saya tahu saya tak layak cakap pasal PBS ni sebab saya bukan cikgu. Tapi saya 
ramai kawan dengan cikgu-cikgi ni... saya faham la sikit-sikit masalah depa...

Padahal, depa tu bukannya orang Pakatan Haram pun, tapi pasal kerenah PBS 
dan tekanan guru besar yag nak bodek KPM tu buat depa menyampah pulak kat BN... 
naya je BN kena...kan?

No comments: