NUFFNANG

Tuesday, 25 February 2014

Anwar Tidak Layan Cabaran Zaid Mahu Berdebat

Anwar Tidak Layan Cabaran Zaid Mahu Berdebat

AIDCNews – 25/2/14 – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan melayan cabaran bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu berdebat dengannya.
“Ia bukan dalam program saya, “kata Anwar ketika diajukan pertanyaan oleh FMT, selepas Anwar melancarkan jentera pilihan raya sayap Pemuda PKR di Taman Delima, Kajang, 21 Feb.
Zaid mencabar Anwar berdebat di Kajang. Beliau mahu tahu mengapa Anwar mendakwa dirinya lebih baik untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang kini dipegang oleh Tan Sri Khalid Khalid Ibrahim.
“Saya mahu berdebat untuk menutup segala-galanya. Personaliti. Dasar. Konsisten. Integriti. Mari kita meneliti. Supaya kita boleh selesaikan perkara ini, ” cabar Zaid.
Ekoran ketidaksedian Anwar untuk berdebat dengannya itu, Zaid dilaporkan Agendadaily menganggap Ketua Umum PKR itu tidak layak dianggap pemimpin bertaraf dunia.
“Kalau dia (Anwar) takut (berdebat), tidak bolehlah jadi pemimpin dunia. Saya bukan buat kenyataan gimik, debat ini untuk beri peluang kepada rakyat Selangor mendapat penjelasan.
“Kenapa dia nak bertanding di Kajang? Kenapa Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mahu ditukar? Kenapa tiada perbincangan dengan PAS selaku rakan pembangkang. Banyak isu boleh dibahaskan?
“Perdebatan ini bukan nak tunjuk saya hebat, sebab dia (Anwar) memang hebat, suka cakap pusing-pusing, gambarkan saya tidak boleh dipercayai. Saya bersikap terbuka dan menunggu keputusannya (terima cabaran debat),” katanya.

source : aidc



No comments: