Saman RM2 Juta : Hadi Dibisikkan Supaya Letak Jawatan Presiden PAS ?
AIDCNews – 26/2/14 – Blog ahli PAS, Cenangau Daun Kari berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Ahad lalu yang mengarahkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman RM2 jutaberikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin memalukan ahli-ahli parti tersebut.
“Tak kira la macamana cara sekali pun tapi para penasihat yang hebat-hebat yang ada di sekeliling Tuan Guru Presiden perlu perah otak cari jalan untuk bersihkan Tuan Guru Presiden dari isu pil kuda yang memalukan ni.
“Kalau perlu dikambinghitamkan seseorang untuk bersihkan Tuan Guru Presiden PAS ‘wajib’ korbankan seseorang tu. Atau kalau ada seseorang yang sanggup jadi kambinghitam dan dengan dia dikambinghitamkan nama Tuan Guru Presiden dan PAS akan jadi bersih, itu lebih baik.
“Tapi kalau Tuan Guru Presiden sanggup berlapang dada dan berjiwa besar mengambil tanggungjawab atas isu ni dengan mengumumkan perletakan jawatan, itu adalah proses pembersihan yang terbaik untuk PAS.
“Dan aku yakin kalau kena dengan ‘skrip’nya, akhirnya Tuan Guru Hj Hadi akan terus ‘terpaksa’ pegang jawatan Presiden PAS tu,” katanya dalam artikel bertajuk “Wajarkah Presiden PAS berundur atas isu pil kuda ?.”
“Mungkin ramai dari kalangan ahli PAS yang rasa tajuk yang aku letak kat atas tu tak wajar tapi apa yang aku nak tekankan adalah PAS perlu dibersihkan dari isu pil kuda ni. Kalau takdak cara lain melainkan Tuan Guru Presiden perlu letak jawatan, mungkin itu jalan yang patut PAS pilih,”katanya.
Blogger PAS itu berkata semasa Abdul Hadi berceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April tahun lalu, dia yakin dengan kenyataan Presiden PAS itu, namun ia menjadi sebaliknya apabila keputusan mahkamah berkenaan isu itu diputuskan.
“Masa dengar video penjelasan Tuan Guru Haji Hadi yang sebut pasai pil kuda dulu tu aku sebenarnya sangat-sangat percaya yang maklumat tu benar lagi soheh. Aku cukup yakin takkan la kut Presiden PAS nak cakap pasai pil kuda tu kalau dia takdah bukti soheh pasai benda tu.
“Kalau dengar video ucapan Tuan Guru Haji tu memang takdak persepsi lain melainkan memang kompom ada salah sorang dari calon PKR di Terengganu yang memang soheh ada bukti jual pil kuda.
Tapi, dengan perkembangan terkini, persepsi aku dah jadi terbalik, aku yakin yang sebenarnya TG Presiden masa tu takdak bukti soheh melainkan telah diyakinkan oleh seseorang ataupun sekumpulan orang yang rapat dengan Tuan Guru Presiden.
“Pada aku isu pil kuda ni satu isu yang cukup memalukan PAS. Sebagai ahli Parti Islam Semalausia PAS, aku langsung takdak hujjah yang meyakinkan untuk mempertahankan PAS dalam isu pil kuda ni pasai yang terpalit dengan fitnah ni adalah Presiden PAS sendiri.
“Sebagai sebuah parti Islam yang bercita-cita nak mentadbir Malaysia dengan cara Islam yang syumul, PAS perlu membersihkan diri dari isu yang memalukan ni,”katanya lagi.
Dalam satu lagi artikel bertajuk, “Kalaupun saman kes pil kuda ditarik balik, persepsi buruk Presiden PAS akan hilang ka?,” blogger itu berpendapat imej Presiden PAS tetap tercemar meskipun saman itu ditarik balik.
“Aku cukup yakin dengan perkembangan terbaru ni, kes ni akan diselesaikan diluar mahkamah, tambah-tambah kalau Anwar sendiri ‘bagi nasihat’ kat Shamsul Mat Amin tu. Tapi taktau la pulak kalau bekas calon PKR untuk Dun Bukit Besi, Terengganu tu ada ‘agenda’ lain sampai dia berani nak lawan arahan parti dia.
“Cuma yang aku risaunya, kalau pun kes ni berjaya “diselesaikan baik dan penuh hikmah, demi kebaikan dan kesepakatan bersama”, mampukah penyelesian tu membersihkan nama TG Hj Hadi, Presiden PAS yang terpalit dengan isu pil kuda tu.
“Kalau setakat tak perlu bayar saman RM2juta tapi nama tak dibersihkan tak guna jugak,”katanya.
source : aidc
No comments:
Post a Comment