NUFFNANG

Monday, 24 February 2014

ANWAR BERI BAYANGAN KETEPI TITAH SULTAN SELEPAS JADI MB

ANWAR BERI BAYANGAN KETEPI TITAH SULTAN SELEPAS JADI MB


22/2/14 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan 
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila terus 
membangkitkan Kalimah Allah supaya diberikan penggunaannya kepada 
bukan Islam.

Anwar dilaporkan Antarapos turut membayangkan akan meminda 
enakmen tentang larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam 
kepada enakmen yang “lebih munasabah” jika beliau menang Pilihanraya 
Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan dipilih menjadi 
Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.

“Kalau ikut peraturan Enakmen (kalimah Allah) tak boleh pakai, sebab 
itu kita kata kita kena kaji kemunasabahannya. Saya tak suruh tolak 
ansur apapun, saya tak suruh panggil gereja itu masjid…tidak. Saya cuma 
kata kita kaji ikut kesesuaian,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 
300 hadirin semasa Majlis Pelancaran bilik gerakan AMK dan jentera DUN 
Kajang malam tadi.


Ini membayangkan Anwar tidak bersetuju dengan Enakmen Agama Bukan 
Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 
yang menyatakan, seseorang itu didapati bersalah jika dia (a) dalam 
mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) 
dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada 
orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan 
atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan 
atau disebarkan, menggunakan perkataan ‘Allah’ atau 34 perkataan 
Arab termasuk Hadith, Syariah, Khalifah, Fatwa, Alhamdulillah, Insyaallah 
dan sebagainya.

Dalam ceramah yang sama Anwar juga turut membela tindakan 
beliau mempertahankan hak penganut Krisitian menggunakan kalimah 
Allah ketika berceramah di sebuah gereja di Kajang, baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau memberi alasan bahawa tindakan itu diambil hanya 
untuk memastikan penganut bukan Islam menghormati Islam sebagai 
agama rasmi negara itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Namun, kata Anwar ia haruslah dimulakan dengan cara kita terlebih 
dahulu menghormati agama mereka.

“Tetapi saya tak hina dia, saya tak larang orang Kristian amalkan agamanya. 
saya tak tunjukkan kebencian saya pada orang Hindu atau orang Buddha, 
saya hormat dia. Sebab apa? Sebab saya nak dia hormat Islam, dia 
hormat kedudukan Islam di negeri ini dengan cara kita hormat dia,” katanya.

Dalam ucapannya pada 16 Februari di gereja berkenaan, Anwar 
memberitahu pengundi Kristian bahawa mereka harus bebas 
menggunakan kalimah Allah, sekaligus menolak fatwa-fatwa dan 
enakmen kerajaan negeri Selangor melarang penggunaan kata suci itu oleh 
bukan Islam.

Ucapan Anwar itu dikecam hebat oleh beberapa mufti, aktivis Islam dan 
pemimpin Umno sendiri.

Berucap kepada ratusan penganut Kristian, Anwar seolah-olah tidak 
membezakan penggunaan ungkapan “Lord” yang dirujuk dalam Kristian 
sebagai Tuhan dan kalimah Allah itu sendiri. -AIDC

source : mymassa

No comments: