NUFFNANG

Monday, 24 February 2014

RAFIZI RAMLI JANJI NAK DEDAHKAN SKANDAL DAN TABI'E LUAR BIASA ZAID IBRAHIM, RABU NANTI!!!

RAFIZI RAMLI JANJI NAK DEDAHKAN SKANDAL DAN TABI'E LUAR BIASA ZAID IBRAHIM, RABU NANTI!!!


Anwar sudah tentu tidak dapat menerima hakikat bahawa sekarang dia bukan lagi pencabar sebaliknya dicabar. Hakikat itu sukar untuk diterimanya kerana sebagai seorang yang sentiasa mengamalkan budaya serangan, tiba-tiba sahaja dia terpaksa menukar taktik kepada bertahan.

Tak dijawab, tidak boleh. Nak disahut cabaran berdebat dengan Zaid Ibrahim, Anwar tidak mempunyai cukup keberanian dan fakta. Apatah lagi yang hendak dilawannya adalah peguam yang juga seorang yang kuat juga putar belitnya walaupun tidak sehebat Anwar Ibrahim sendiri.

Akhirnya, Anwar memutuskan untuk mengarahkan agar Rafizi Ramli mengambilalih tugasan tersebut. Dan Rafizi pun menerima dengan penuh bangga.

Perkara pertama yang keluar dari mulut Rafizi apabila membabitkan Zaid Ibrahim ialah, dia akan mendedahkan keburukan dan kejalangan Zaid Ibrahim pada hari Rabu nanti jikalau Zaid Ibrahim masih meneruskan hajatnya hendak berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Kata Rafizi, dia mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh orang lain tentang Zaid Ibrahim. Justeru itu, dia akan melondehkan segala-galanya tentang Zaid. Dalam pada yang sama juga, Rafizi mengesahkan ketakutan Anwar Ibrahim apabila ada orang yang mencabarnya untuk berdebat terutama sekali tentang keelokan pekerti, kesesuaian menjadi pemimpin mahupun perancangannya untuk pengundi-pengundi di Kajang. Menurut Rafizi, Anwar tidak ada masa untuk melayan ajakan berdebat itu walaupun yang mencabarnya adalah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamalauddin yang banyak dikaitkan dengan Anwar Ibrahim sendiri.

Dengan penuh sombong dan angkuh, Rafizi berkata, "Entah siapa-siapa, semuanya  mencabar Anwar Ibrahim utnuk berdebat, termasuklah PERKASA dan Khairy Jamaluddin. Anwar Ibrahim tidak ada masa untuk semua itu." (RUJUK SINI)

Apabila Rafizi sendiri mengancam untuk  melondehkan Zaid Ibrahim, nampak gayanya Anwar Ibrahim memang benar-benar takut. Dan walaupun Rafizi menyatakan pertembungan sebenar di Kajang adalah antara Anwar Ibrahim dengan Barisan Nasional, hakikatnya Anwar sudah mula cuak dengan sambutan-sambutan serta perkembangan-perkembangan terbaru di Kajang.

Para pecacai Pakatan Rakyat seringkali mempromosikan ceramah Anwar Ibrahim di mana-mana di Kajang ramai orang, tetapi pemerhatian mendapati para pendengar ceramahnya adalah orang yang sama, dan lebih 70% daripada mereka adalah orang luar Kajang yang didatangkan untuk tidak memalukan Anwar Ibrahim berucap di hadapan padang yang kosong.
source : the flying kick

No comments: