NUFFNANG

Friday, 21 February 2014

KEM ANWAR/AZMIN UNGKIT HUTANG USD18 JUTA MB KHALID, MSO KATA HUTANG SEBENAR RM80 JUTA

KEM ANWAR/AZMIN UNGKIT HUTANG USD18 JUTA MB KHALID, MSO KATA HUTANG SEBENAR RM80 JUTA

Kem Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai menggunakan isu hutang Tan Sri Khalid 
Ibrahim dengan Bank Islam Malaysia yang bernilai USD18 juta (RM66.67 juta) untuk 
membunuh karier politiknya sebagai Menteri Besar Selangor.

The Malaysian Insider, 13 Februari lalu telah membuat laporan yang memetik sumber 
dalam PKR (tetapi tidak dinyatakan namanya, dipercayai dari sumber anti-Abdul Khalid) 
menyebut Bank Islam Malaysia yang sebelum ini beria-ia membawa Menteri Besar Selangor 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke mahkamah kerana hutang USD18 juta (RM66.67 juta) 
kini bersedia untuk menyelesaikan perkara ini dengan amaun lebih rendah

“Seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan Abdul Khalid memberitahunya perjanjian 
sedang berjalan untuk hutang ditanggung semasa beliau menjadi ketua pegawai eksekutif 
Kumpulan Guthrie Bhd bagi pembelian 20% saham syarikat.

“Bank Islam Malaysia membawa perkara itu ke mahkamah pada 2007, setahun sebelum 
Abdul Khalid dinamakan sebagai menteri besar Selangor,” lapornya dalam artikel bertajuk 

Namun, penulis pro-reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO), menyebut hutang Abdul Khalid 
dengan Bank Islam lebih tinggi daripada itu, iaitu bernilai RM80 juta.

Menurut MSO, Anwar terpaksa membuat Projek Kajang itu disebabkan Abdul Khalid 
enggan letak jawatan di atas faktor hutang tersebut.

“Perkembangan dua tiga hari ini menjawab persoalan yang agak rumit ini. Perkembangan 
inilah maka bagi saya ia menyebabkan Khalid begitu liat untuk melepaskan jawatan MB 
Selangor sehingga terpaksa diadakan pilihan raya kecil Kajang dan mengorbankan banyak 
orang. Pilihan raya kecil ada penyembelihan untuk upacara penurunan takhta.

“Apakah perkembangan dan masalah yang memberati Khalid? Khalid dikatakan berhutang 
dengan Bank Islam sebanyak RM80 juta. Bank Islam bercadang untuk mengambil 
tindakan undang-undang terhadapnya. Bagaimana pun perkembangan terbaru 
menunjukkan Bank berkenaan tidak berminat untuk mengambil tindakan undang-undang 
sebaliknya penyelesaian di luar mahkamah akan diambil. Kenapa?

“Mungkin prosedur ini biasa saja. Ada kes yang sudah dibicara pun ditarik balik dan 
dibuat penyelesaian di luar mahkamah. Tetapi perkembangan di sebalik kes ini menarik 
dan sesuatu yang boleh difikirkan dan dikait dengan pendirian tegas Khalid mengenai 
politiknya yang enggan meletakkan jawatan MB. Kerana Khalid sudah menjadi orang 
politik mungkin penyelesaian secara politik dalam proses.

“Apakah penyelesaian hutang diluar mahkamah ini sudah dijadikan modal untuk 
menyelamatkan Khalid di samping itu ia memberi keuntungan politik kepada pihak lain? 
RM80 juta bukan satu nilai yang kecil. Kita memahami bagaimana kerencaman politik 
akan mengeksploitasikan apa-apa saja isu untuk mendapat keuntungan dan aset ini 
juga tidak akan terlepas dalam senario di Selangor.

“Bak harimau terhidu bau manusia tadi, apakah PKR dan khasnya Anwar sudah 
menghidu masalah Khalid ini dan ia harus diatasi segera,” dakwa MSO dalam artikel 
terbaru bertajuk “Betulkah Khalid ada hutang RM80 juta?.”

Dalam masa sama, MSO turut mengesahkan dakwaan berlaku grand design supaya 
Abdul Khalid berundur daripada jawatan MB, namun perancangan itu dihalang oleh 
pimpinan tertinggi PAS.

Tindakan secara taktikal PKR untuk menggugurkan Abdul Khalid Ibrahim dari kersi 
MB Selangor disebabkan MB itu berhadapan dengan beberapa masalah rumit, dua 
orang pemimpin tertinggi Pas pula berusaha untuk mengekalkan Khalid di kerusi itu. 
Perjumpaan dikatakan langsung dengan Khalid oleh dua orang pemimpin tertinggi 
Pas yang disertai sama oleh seorang pegawai politik.

“Pertemuan mereka dengan Khalid itu berlangsung sewaktu Majlis Presiden Pakatan 
Rakyat sedang bersidang membincang pilihan raya kecil Kajang. Satu perbuatan 
yang cukup ironi sekali. Apakah ini sahabat yang dipercayai untuk memegang kunci 
peti harta Karun atau sahabat yang suka mempertahankan tindakan dengan membaca 
hadith dan ayat-ayat Quran? Atau sahabat seluar sekadar standard dalam bersaiz XXL?

“Tindakan untuk memecat Khalid sebagai MB tentu ada sebab musabab besar. 
Ia tidak akan dibuat kalau bukan ada sesuatu yang mendesak atau kalau atas 
maksud sekadar untuk memberi jawatan MB kepada Anwar Ibrahim. Seekor 
harimau tidak akan meninggal jauh kawasan yang dia sudah terhidu jebak manusia. 
Dia akan menunggu dan memburu makanannya itu. Apakah dalam hal ini PKR telah 
terhidu sesuatu mengenai Khalid Ibrahim?.”

Dakwa MSO, disebabkan rintangan PAS itu, Anwar telah menemui Muryidul Am PAS, 
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu.

“Tokguru Nik Aziz mungkin sudah mengetahui lebih jauh daripada apa-apa yang 
sudah diketahui atau difahami oleh pemimpin Pas lain. Anwar sudah berjumpa degan 
Nik Aziz minggu lepas, di Kota Bharu.

“Walaupun ada usaha untuk mengagalkan pertemuan Anwar dengan Nik Aziz 
(dilakukan orang-orang tertentu, pengawal Pulau Melaka), tetapi pertemuan terjadi j
uga. Elok kalau pemimpin Pas termasuk dua orang bertemu Khalid itu berjumpa d
engan Nik Aziz dan bertanya perihal pertemuan dia dengan Anwar.

“Rasanya Nik Aziz juga akan menjelaskannya dengan sejujur-jujurnya.”

MSO turut menimbulkan syak wasangka bahawa dua orang pimpinan PAS yang 
menyokong Abdul Khalid didakwanya lebih condong untuk melihat PAS berbaik 
dengan UMNO.

“Azmin sendiri faham akan hal ini sebab itu walaupun keputusan dibuat kerusi 
itu tidak diserahkan kepadanya, dia dapat menerimanya dengan baik. Bagi Azmin 
seperti juga sama dengan Anwar bukan jawatan itu, tetapi yang lebih penting agar 
kerajaan Pakatan Rakyat itu tidak tergadai ditangan Khalid. Tetapi tentulah sebagai 
seorang politik Azmin seronok kalau diserahkan kepadanya.

“Saya mengira masalah dalaman ini yang perlahan-lahan mula terselak, kena 
difahami oleh dua pemimpin Pas yang mendatangi Khalid, meminta Khalid agar jangan 
berundur. Politik kena bijak dan mata politik juga kena mampu menyuluh ke dalam 
gelap malam. Dan selepas mereka menyedari hal ini maka akan hilang dan sirna niat 
busuk untuk menyusahkan Anwar Ibrahim. Melainkan mereka juga diam-diam setelah 
mendirikan sembahyang sunat selepas mengimani solat jemaah berdoa agar Pas akan 
dapat bersatu dengan Umno.

“Persoalan yang perlu ditimbulkan dalam kepala semua orang ialah kenapa Khalid liat 
untuk berundur walaupun berbagai tekanan sudah dilakukan? Kenapa, kenapa dan kenapa? 
Tentu ada sebab-sebab besar mengenainya. Kita tahu Khalid bukan seorang yang minat 
kepada politik. Dunia politik kepadanya seperti dunia rock kepada pemain mak yong. 
Tetapi kenapa dia menjadi minat kepada politik khasnya kedudukan sebagai MB? Sebab 
inilah kena dikaji.

“Kata orang kalau tidak ada mengada tempua takkan bersarang rendah. Kalau tidak 
ada angin masakan pokok bergoyang. Dalam hal ini tentu Khalid ada masalah besar 
yang sedang menimpanya dan terselindung dari pengetahuam umum. Masalah itu 
membabitkan peribadinya sebagai Khalid bukan sebagai MB.

“Kalau ia membabitkan MB, Khalid tidak perlu bersusah payah mempertahankan 
dirinya kerana MB akan dipertahankan oleh rakyat. Dapat difahamkan di sini bahawa 
Khalid sedang menggunakan jawatan MB itu untuk mempertahan dan menyelamatkan 
dirinya. Begitukah?

“Boleh jadi ada individu tertentu yang menjadi penasihat dan bomoh kepada Khalid. 
Setelah mendapat nasihat dan tunjuk ajar, mungkin Khalid mula memahami betapa 
jawatan dan kedudukan yang ada kepadanya itu boleh digunakan sebagai life boat 
kepada dirinya dan menyelesaikan masalah dihadapinya.”
source : mymassa

No comments: