PEMIMPIN PELAJAR UNISEL MENGADU KERAJAAN PAKATAN RAKYAT JANJI OMONG KOSONG SAHAJA
Sejak kepimpinan Selangor beralih kepada Pakatan Rakyat
pada tahun 2008, pelbagai rancangan dirangka untuk menambah
baik institusi di bawah kerajaan negeri. Penambahbaikan dilakukan
supaya selari dengan hasrat kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim. Salah satu institusi yang paling menjadi perhatian
rakyat Selangor adalah Universiti Selangor bertempat di Shah Alam
dan Bestari Jaya.
(A) PELBAGAI MASALAH DI UNISEL MEMENINGKAN
Enam tahun berlalu namun prestasi UNISEL dilihat belum
mencapai tahap yang membanggakan. Pelbagai masalah yang
timbul terutamanya melibatkan kebajikan mahasiswa UNISEL.
Kemudahan asrama yang sepatutnya dinikmati oleh mahasiswa
tidak dapat digunakan kerana menghadapi masalah kontraktor.
Akibatnya pentadbiran UNISEL terpaksa menyewa kediaman
diluar sebagai asrama. Masalah ini hanya menyusahkan pelajar
dan membuang masa mereka yang terpaksa berulang-alik antara
fakulti dan asrama.
(B) UNISEL MEMINGGIRKAN PELAJAR
Yang lebih menyedihkan adalah pentadbiran UNISEL kurang
berkomunikasi dengan perwakilan pelajar. Banyak maklumat
tidak didedahkan dan keputusan yang dibuat tidak dibawa
berbincang dengan mahasiswa terlebih dahulu. Tindakan peminggiran
ini adalah usaha menafikan suara mahasiswa dan menganggap
bahawa mahasiswa hanya belajar di kelas dan tidak mampu
untuk berfikir dan mengurus aktiviti sendiri.
(C) JANJI PAKATAN RAKYAT OMONG KOSONG
Perkara ini sangat bertentangan dengan janji
Pakatan Rakyat yang mahu universiti diberi kuasa autonomi
dan mahasiswa diberi kebebasan mengurus aktiviti sendiri
daripada terus dikongkong oleh pentadbiran universiti.
Kerajaan Selangor perlu menunjukkan UNISEL sebagai model
IPT yang terbaik untuk meyakinkan mahasiswa Kerajaan Selangor
kali ini betul-betul meraikan anak muda.
(D) KEISTIMEWAAN HANYA KEPADA GOLONGAN TERTENTU
SAHAJA
Oleh itu, sempena Pilihanraya Kampus Unisel yang akan diadakan
pada 11 Febuari ini, PKPIM menggesa pemilihan ini dilakukan
dengan semangat meraikan kebebasan bersuara dan berfikir serta
menghayati amalan syura baik di peringkat mahasiswa dengan
pentadbiran universiti atauantara mahasiswa sendiri. Semua
kelompok perlulah diraikan dan bukan memberi keistimewaan
kepada golongan tertentu sahaja.
Kami juga meminta exco pendidikan negeri, Dr Halimah Ali untuk
melibatkan semua kelompok mahasiswa dalam perancangan
membina model mahasiswa yang terbaik daripada UNISEL. Ini
supaya mahasiswa UNISEL menjadi ikutan dan harapan kepada
mahasiswa lain di seluruhMalaysia. Kami juga mengucapkan selamat
mengundi kepada seluruh mahasiswa UNISEL dalam PRK kali ini.
Hidup Biar Berjasa!
Mohammad Syazwannuddin bin Shaharuddin
Naib Presiden PKPIM
Sumber sebelum dipadam di : http://bm.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/25323-mahasiswa-unisel-mahu-diberi-perhatian
source : mymassa
No comments:
Post a Comment