BANG MIN NI YANG TAKUT HILANG KUASA!!!
Heh!!! Bang Min ingat orang semua tak tau ke yang Bang Min sebenarnya takut hilang
kedudukan dalam Parti pada ketika ini. Maka sebab itulah Bang Min terpaksa buat
kerja GILA macam ni.
Hakikatnya, Bang Min yang tengah menggelabah tak tentu arah bila Bang Min rasa diri
Bang Min tergugat dengan Si Khalid Ibrahim tu. Tu sebab Bang Min buat semua benda ni.
Semua orang tau yang Bang Min terasa diri Bang Min tercabar bila adanya Khalid sebagai
pesaing utama Bang Min dalam PKR.
Bang Min takut Bang Min tak mampu nak pertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden
PKR bila tiba pemilihan parti yang akan datang. Itu je yang sebenarnya Bang Min takutkan
sangat.
Biar pun Si Khalid tu dah keluarkan kenyataan dan berjanji tidak akan lawan dengan Bang
Min bagi merebut jawatan tu. Tapi Bang Min masih tak nak terima apa yang telah diucapkan
oleh Khalid.
Sebab apa? Sebab Bang Min pun sendiri tau yang kemungkinan itu masih tidak dapat
ditentukan. Bang Min tau Khalid boleh ubah pendirian dia pada bila - bila masa je.
Bang Min sendiri tau yang taktik seumpama itu pernah digunakan oleh Si Ketua Penipu tu
dulu bila Si Ketua Penipu tu tikam belakang Allahyarham Pak Ghafar sewaktu masih dalam
UMNO.
Hari ni Si Ketua Penipu tu boleh keluarkan kenyataan kata dia berjanji takkan
bertanding menentang Pak Ghafar. Tapi akhirnya dia bertanding jugak dan menang
jawatan tersebut.
Itu semua taktik yang dah diperturunkan oleh Si Ketua Penipu tu kepada anak - anak buah
dia dalam PKR. Diorang semua dah tau taktik tu. Jadi, takkan la Bang Min nak percaya
cakap Khalid.
Maka, Bang Min perlu bertindak untuk menyingkirkan Khalid dengan seberapa segera.
Nak ikut proses biasa, dah tak boleh buat. Ada halangan besar yang perlu Bang Min tempuhi.
Bang Min dah tak dapat nak memanipulasikan Kak Wan Omega untuk kekal bertanding
dalam pemilihan yang akan datang sebab Bang Min tau Khalid anak buah Kak Wan.
Jadi, Bang Min terpaksa mempergunakan Si Ketua Penipu tu untuk memastikan kedudukan
dia masih kekal sebagai Timbalan Presiden PKR dimasa akan datang. Itu je niat Bang
Min sebenarnya.
Kesimpulannya, semua ni Bang Min buat bukan la sebab nak memperkukuhkan PKR atau
pun Pakatan Haramjadah di Selangor tu bagi menawan Putrajaya dimasa akan datang.
Jauh sekali Bang Min buat semua tu kerana nak memperjuangkan Hak Rakyat atau demi
nak menjaga Kebajikan Rakyat. Tapi sekadar nak menyelamatkan Politik berkepentingan
peribadi Bang Min je!!! Penyudahnya, rakyat jugak yang Bang Min korbankan!!!
source : semut hitam
No comments:
Post a Comment