NUFFNANG

Sunday 2 February 2014

ANWAR IBRAHIM MAKI MAIS KERANA HALANGNYA BERKEMPEN DI MASJID QARIAH BATU 10 JALAN CHERAS

ANWAR IBRAHIM MAKI MAIS KERANA HALANGNYA BERKEMPEN DI MASJID QARIAH BATU 10 JALAN CHERAS


Pada hari Jumaat yang lalu Anwar Ibrahim sepatutnya berkempen di masjid Qariah Batu 10 Jalan Cheras Kajang. Program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang itu sepatutnya dimulakan sebaik sahaja sebelum solat Jumaat iaitu ketika umat Islam memenuhi ruang masjid tersebut.

Penduduk yang mengetahui program politik itu terus melaporkan kepada pihak berkuasa Agama  negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana tidak berpuashati dengan program politik di masjid.

Pihak Mais telah mengarahkan jawatankuasa kariah masjid agar tidak mempergunakan masjid untuk tujuan berkempen politik sejajar dengan titah Tuanku Sultan Selangor.  

Apabila Anwar Ibrahim mengetahui program tersebut dibatalkan beliau terus memaki hamun pihak berkuasa Agama tersebut kononnya sengaja menyekat dirinya daripada menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais.

Beberapa penduduk sekitar masjid Qariah batu 10 kurang senang dengan kehadiran Anwar Ibrahim dan penyokongnya yang cuba mempergunakan masid sebagai pentas untuk memfitnah orang lain.

Anwar Ibrahim juga menuduh Mais mengugut untuk menangkap beliau dan beberapa penyokong beliau jika berkempen didalam masjid didalam daerah Kajang.

Mais hanya melaksanakan tugas yang diamanahkan demi untuk memartabatkan Agama Islam di Malaysia.

Kajang mempunyai 38,965 pengundi berdaftar. Pengundi Melayu ialah sebanyak 49% sementara Cina (41%) dan India (10%).

Populasi Cina kebanyakan berada di kawasan Sungai Chua sementara orang Melayu di Sungai Sekamat, Sungai Kantan dan sepanjang kampung di Jalan Cheras. Masyarakat India pula bertaburan di sekitar kawasan Kajang tetapi kebanyakannya berada di Sungai Jelok.

Dalam Pilihan Raya Umum 2013, Lee Chin Cheh PKR memperolehi 19,571 undi diikuti calon MCA-Barisan Nasional, Lee Ban Seng dengan 12,747 undi dan Mohamad Ismail (Berjasa) 1,014 undi.

No comments: