NUFFNANG

Wednesday, 12 February 2014

Rayuan Kes Liwat II : Anwar Mahu Panggil Semula Jude Pereira sebagai Saksi

Rayuan Kes Liwat II : Anwar Mahu Panggil Semula Jude Pereira sebagai Saksi


Rakyat News

PUTRAJAYA 12 Feb - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melalui peguamnya meminta kebenaran mahkamah supaya memanggil semula Jude Blacious Pereira bagi menjadi saksi kes liwat II.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata,pihaknya hanya mahu Jude hadir bagi memberi keterangan semula berhubung kes tersebut.

"Kita hanya minta supaya Jude diberikan ruang untuk memberi keterangan semula.

"Bagi saya, ianya merupakan salah satu cara yang saya anggap sopan selepas hakim sebelum ini, Zaleha Yusof mengatakan Jude tidak layak dan sesuai dijadikan saksi sama ada di Mahkamah Rayuan mahupun Mahkamah Tinggi," katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita di Mahkamah Rayuan Putrajaya semasa menghadiri perbicaraan Kes Liwat II yang melibatkan dirinya dan Saiful Bukhari Azlan yang bermula semalam.

Mahkamah Rayuan itu diketuai oleh Hakim Aziah Ali dan dua lagi termasuk Rohana Yusuff dan Mohd Zawawi Mohd Salleh.  

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan bahawa tindakan Hakim Zaleha Yusof yang menggunapakai laporan dari SUHAKAM bagi mengukur kredibiliti Jude adalah tidak betul sama sekali berikutan ianya bukan salah satu badan kehakiman.

"Sedangkan pada masa itu, hakim Zaleha tidak mendapat  maklumat dari sumber yang lain, selain dari laporan SUHAKAM.

"Laporan SUHAKAM pula bukanlah dari satu sumber kehakiman," ujarnya.

Mengakiri ucapannya, Anwar yang juga menjadi salah seorang calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang juga mengatakan bahawa pihaknya telah berbincang dengan peguam Karpal Singh dan sedia menghadapi kemungkinan jika permohonan mereka ditolak.

Semalam, Anwar sekali lagi gagal menggugurkan Datuk Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya.
source : rakyatnews.my

No comments: