NUFFNANG

Sunday, 2 February 2014

GEMPAR ! LUAHAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS : PKR LUPA DARATAN

KETUA DEWAN PEMUDA PAS : PKR LUPA DARATAN


N25 : BUAT DULU BARU PANGGIL BINCANG, ADAKAH MENEPATI 
SEMANGAT SETIAKAWAN DALAM PR?
Silakan kaji Sirah Nabawiyyah
Pengkhianatan Yahudi terhadap perjanjian bersama Nabi Muhammad 
S.A.W yang bermula dengan “perancangan belakang tabir”:

a) Peperangan bani Nadhir, berpunca apabila pihak Yahudi melakukan 
perancangan belakang tadbir untuk mengkhianati perjanjian atau 
persepakatan dengan Islam. Mereka juga turut merancang komplot untuk 
membunuh Rasulullah S.A.W

b) Peperangan Ahzab, sekali Yahudi Bani Nadhir melakukan perancangan 
belakang tadbir, apabila bersepakat dengan Musyrikin Mekah, sedangkan 
di dalam perjanjian dan persepakatan bersama Islam, meletakkan 
larangan bekerjasama dengan musuh kepada rakyat Madinah.

c) Perang Bani Quraizah juga menyaksikan komplot Yahudi dan Musyrikin 
Mekah enggan melalui perbincangan dan perancangan belakang tabir 
mereka bagi membalas dendam terhadap Rasulullah S.A.W lantas 
mereka mengkhianati persepakatan bersama Islam.

d) Perang Khaibar terjadi kerana ia merupakan markaz atau pusat 
“perancangan belakang tabir” bagi orang Yahudi. Hasil daripada 
keputusan markaz ini ialah pengkhianatan terhadap persepakatan mereka 
bersama Rasulullah S.A.W.

Kita semua sedia maklum tujuan kesepakatan atau pakatan dibuat ialah 
untuk menolak kezaliman. Ia dibuat bukan tanpa tujuan itu, jika selain tujuan
itu maka tidak akan wujudlah kesepakatan atau pakatan (tahaluf)

Dan antara syarat tahaluf siyasi ialah “TIDAK MENJADIKAN TAHALUF 
SIYASI ITU SEBAGAI MATLAMAT, SEBALIKNYA IA HANYA DIJADIKAN 
SEBAGAI WASILAH ATAU CARA SAHAJA”. Iaitu persepakatan atau pakatan 
hanya dijadikan sebagai saluran untuk menolak kezaliman, bukan sebagai 
matlamat perjuangan atau matlamat untuk mendapat kuasa atau untuk 
kepentingan individu semata-mata.

Apa yang berlaku di Dun Kajang meletakkan jawatan tanpa sebab keuzuran 
dan memberi laluan kepada DSAI atau pimpinan PKR yang teratas 
dengan membelakangi syarat persepakatan atau pakatan iaitu menolak kezaliman.

Perbuatan ini telah melanggar syarat persepakatan yang dipersetujui oleh 
PAS, DAP dan PKR. Apabila perletakan jawatan tersebut secara rasmi, 
PKR mengumumkan perancangan tersebut tanpa perbincangan dan 
kesepakatan dengan rakan pakatan lain. Dah buat baru maklum 
(apakah ada perancangan dibalik tabir?)

Oleh itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar bersependapat dengan 
pendirian Pengerusi Lajnah Politik DPPM Saudara Sany Hamzan dan Ketua 
Pemuda Dewan Pemuda PAS NegeriSelangor Al-Fadhil Ustadz Syarhan Humaizi 
supaya YB Lee Chin Chee dan PKR sendiri mengemukakan sebab 
bertulis mengosongkan Dun Kajang.

Sepertimana yang sedia maklum, setiap kali berlakunya PRK khususnya, semua 
jentera dari Pakatan Rakyat akan mengerahkan ahlinya masing-masing 
untuk memenangkan kawasan tersebut bagi mengalahkan Barisan Nasional
Sehingga kemenangan Adun Kajang YB Lee Chin Chee ini juga hasil 
kesepakatan bersama dan hasil tolong-menolong antara ahli-ahli PAS, DAP dan 
PKR.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR mengingatkan 
sekiranya permohonan kami iaitu alasan secara bertulis tentang perletakan 
jawatan Adun Kajang N25 tidak dibuat dalam masa terdekat ini, kami tidak
 teragak-agak untuk tidak menghantar petugas pemuda, lebih lagi memberi 
apa-apa sumbangan PRK Dun N25 Kajang.

HORMATILAH PERSEPAKATAN YANG DIPERSETUJUI…
Teguran Rakan Pakatanmu,
MOHD RAZALI BIN SAARI ELBANJARI
NO.AHLI 753971
KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR
2013-2015

source : mymassa

No comments: