BEKAS CM : KEBARANGKALIAN BESAR DAP AKAN DIHARAMKAN
DAP telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi
memohon perintah bagi membatalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan
( ROS ) untuk menahan pengiktirafan Jawatankuasa Eksekutif Pusat
(CEC ) yangtelah dipilih semula pada 29 September 2013.Pilihanraya
semula ini sebenarnya telah diadakan kerana ROS tidak akan
mengiktiraf pilihanraya pertama parti ituyang dibuat pada 15 Disember 2012.
Dalam permohonan yang difailkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
pada 22 Januari baru-baru ini, parti itu juga memohon bagi suatu
perisytiharan bahawa keputusan ROS adalah tidak sah di sisi
undang-undang. Perkara ini ditetapkan untuk sebut kes dihadapan
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof pada 11 Mac.
” Kami mengatakan bahawa ROS tidak mempunyai kuasa di bawah
Akta Pertubuhan untuk menahan pengiktirafan CEC yang dipilih secara sah ,”
kata Pengerusi Biro Guaman Kebangsaan DAP , Ahli Parlimen Gobind Singh
Deo, di ibu pejabat parti itu diJalan Pudu.
Sebab mengapa ROS menahan pengiktirafan CEC DAP adalah kerana lebih
dari satu dozen surat aduan yang dihantar kepada ROS daripada anggota
DAP sendiri dan juga pemimpin-pemimpin parti itu.
Aduan-aduan yang diterima oleh RoS adalah seperti berikut:
1. Tempoh notis yang tidak mencukupi (tempoh yang sepatutnya adalah
10 minggu , seperti yang diakui oleh Karpal Singh sendiri ).
2. 851 perwakilan yang tidak hadir atau tidak dijemput untuk pemilihan
semula apabila mereka layak untuk hadir dan mengundi pada mesyuarat itu.
3. Terdapat 985 cawangan bila hanya 865 cawangan yang sepatutnya
terlibat dalam pilihan raya semula .
4. Senarai perwakilan yang bertarikh 15 Dis 2012 tidak digunakan seperti
yang sepatutnya.
5. Notis mesyuarat yang sebenar gagal dikeluarkan .
6. Pilihan raya tidak telus.
7. Mengesyaki terdapat elemen penipuan .
8. Keputusan pilihan raya yang mencurigakan.
9. Manipulasi undi.
Semua tuduhan-tuduhan ini telah dibangkitkan oleh ahli-ahli dan
pemimpin-pemimpin DAP sendiri.
Lim Kit Siang perlu menangani isu-isu ini dan menerangkan bagaimana
ianya berlaku dan mengapati ada apa yang telah dilakukan untuk
membetulkan kesilapan ini walaupun telah diminta berbuat demikianberulang
kali oleh ROS .
DAP cuba menampakkan bahawa mereka adalah mangsa dalam
persengketaan dengan ROS ini sedangkan dariahli-ahli sehingga
kepada pemimpin-pemimpin parti DAP adalah sebenarnya penyebab
kepada semua ini,bukan sahaja mereka melanggar undang-undang tetapi
berdegil enggan untuk membetulkan kesilapan mereka .
Adakah DAP sengaja mencipta senario yang membolehkan ROS
mengambil tindakan terhadap mereka supaya DAP boleh menggunakan
simpati masyarakat dan berpura-pura menjadi mangsa
penganiayaan danketidakadilan ?
DAP menuduh ROS sengaja menzalimi parti tersebut. Namun DAP perlu
ingat bahawa Umno sendiri tidak dikecualikan daripada mengikuti
peraturan, seperti yang berlaku dalam Krisis Umno 1988. Dan apa yang
lebih teruk adalah, DAP tidak hanya melanggar peraturan ROS tetapi
sebenarnya melanggar perlembagaan parti sendiri.
Salleh Said Keruak
Timbalan Pengerusi Umno Sabah
source : mymassa
No comments:
Post a Comment