Anwar Mahu Panggil Jude Peirera Hanya Buang Masa – Shafee
AIDCNews – 12/2/14 – Ketua Pendakwaraya Kes Rayuan Liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan tindakan peguambela memohon untuk memanggil semula saksi Jude Blacious Peirera tidak mempunyai sebarang asas dan hanya membuang masa.
“Dia ada satu permohonan yang lain pula iaitu permohonan untuk memanggil semula pegawai penyiasat yang nama Jude Blacious. Itu juga kita akan bantah,” katanya kepada Buletin Utama TV3 semalam.
Anwar mengemukakan permohonan itu supaya mahkamah dapat memutuskan sama ada keterangan Jude dalam perbicaraan kes liwat boleh dipertahankan dan dipercayai setelah permohonan bekas pegawai polis itu untuk menjadi peguam bela dan peguam cara ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Januari lalu.
“Kita bantah sebab Jude telah ditanya banyak kali berkenaan dengan tingkah laku beliau di dalam kes di mana lima peguam dari Majlis Peguam yang ditangkap di Brickfield atas sebab berdemo.
“Jika kebenaran ini diberikan, Jude perlu dipanggil balik dalam mahkamah ini atau Mahkamah Tinggi supaya beliau boleh disoal berkenaan dengan topik yang sama.
“Jadi kita kata kalau sudah ditanya begitu panjang berkenaan dengan episod yang sama, hendak panggil dia lagi sekali buat apa,” kata beliau ketika ditemui pemberita di luar Mahkamah Rayuan, Rabu, lapor bnbbc.my
Jelas Shafee, sekiranya hanya berdasarkan keputusan mahkamah tersebut peguambela mahu menyoal balas Jude semula, mereka tidak perlu membuang masa kerana boleh membawa keputusan mahkamah yang telah disahkan.
“Jika itu yang mereka mahukan, mereka tidak perlu panggil Jude. Mana-mana keputusan mahkamah terutamanya Mahkamah Tinggi ianya mempunyai Judiciary Notice.
“Bawa sahaja keputusan tersebut atau arahan daripada mahkamah yang ada cop mahkamah dan masukkan dalam keterangan lanjutan tersebut. Itu sahaja.
“Tunjuk ke mahkamah, ‘mahkamah harus mengambil perhatian keputusan yang sedemikian’. Tidak payah kita buang masa,” tegas beliau.
Shafee juga mengharapkan agar kes permohonan Anwar terhadap Jude dapat segera diselesaikan supaya dapat diteruskan dengan kes rayuan pihak pendakwaan yang sebenarnya.
source : aidc
No comments:
Post a Comment