NUFFNANG

Sunday 2 February 2014

AKHIRNYA! ANWAR IBRAHIM MENGAKU JUGA !!! #prkkajang

AKHIRNYA! ANWAR IBRAHIM MENGAKU JUGA !!! #prkkajang

Akhirnya, Anwar Ibrahim mengaku juga ! 


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud pelbagai masalah di Selangor yang gagal diselesaikan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga beliau membuat pertimbangan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. 
 Anwar berkata, pelbagai masalah besar bertumpu di negeri itu nembabitkan isu kalimah Allah, gereja dan masalah air yang berlarutan selama lima hingga enam tahun dan tidak dapat diselesaikan. 
"Dari aspek ekonomi memang bagus tetapi ada yang tidak selesai. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadapi tekanan yang tinggi dan saya perlu bantu beliau. 
"Saya akui masalah dalaman memang wujud dan cuba diselesaikan," katanya dalam ceramah di sini malam tadi. 
Ceramah berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang penyokong PKR dan diadakan bagi memberi penjelasan tentang keputusan beliau bertanding di DUN Kajang. 
Sementara itu, dalam sidang akhbar, ketika ditanya tentang kenungkinan Sultan Selangor tidak akan memperkenan beliau sebagai Menteri Besar Selangor jika menang , Anwar meminta supaya Sultan Selangor tidak dilibatkan dalam pergelokan politik. - UM
MiM difahamkan bahawa alasan Anwar itu tidak dapat diterima oleh warga Permatang Pauh.  

Sebelum ini juga, MiM telah memberi forecast tentang perkara yang akan berlaku selepas PRK Kajang, jika Anwar menang :

Dan printscreen kenyataan 'Anwar nafi bakal jadi MB Selangor' bakal berguna selepas PRK Kajang ini.

Dan juga ayat-ayat seperti : 
1. Terpaksa terima jawatan MB kerana konsensus seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor dan demi kepimpinan rakyat bla bla bla. 
2. Sidang akhbar dan foto-foto pemimpin-pemimpin berpegang tangan tanda 'solidariti'. 
3. Satu isu diapi-apikan sebagai diversion dan menenggelamkan sandiwara post-PRK Pakatan Pembangkang.

Baca seterusnya : KLIK SINI

source : dr mim

No comments: