NUFFNANG

Monday, 6 January 2014

RANKING MAKIN MERUDUM : MASYARAKAT TIDAK IKTIRAF MA & PHD DARI UNISEL

RANKING MAKIN MERUDUM : MASYARAKAT TIDAK IKTIRAF MA & PHD DARI UNISEL

RANKING UNSIEL KE 6,554 DALAM DUNIA?
WORLD RANKING UNIVERSITRY 2013 : HAVARD KE DUA
UNIVERSITI MALAYA KE 167 TERBAIK DUNIA
LIM KOK WING TERSENARAI, UNISEL YANG LEBIH SENIOR TAK TERSENARAI?

Tahun 2014 menjelma dengan sejuta harapan rakyat Malaysia untuk mengecapi sistem pendidikan yang berkualiti khususnya di peringkat Universiti.

Namun begitu, tinjauan kami mendapati berlaku masalah besar kepada para graduan dari Unisel apabila beberapa kursus di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di universiti tersebut tidak diiktiraf oleh masyarakat.

Berikutan pengumuman Kerajaan bahawa pada tahun 2014 kenaikan pangkat malah kenaikan gaji kakitangan awam akan turut dilihat daripada sudut ijazah mereka, beberapa graduan Sarjana dan Doktor Falsafah dari Unisel menghubungi kami dan menyatakan kebimbangan mereka kerana pandangan orang ramai bahawa lulusan dari Unisel kurang diberi perhatian berbanding universiti-universiti IPTA yang lain.

Pengiktirafan oleh MQA dan pengiktirafan oleh masyarakat adalah dua perkara yang berbeza. Apabila perkara ini diajukan kepada pengurusan Unisel, mereka hanya menjawab kursus-kursus mereka telah diiktiraf oleh MQ. Malangnya mereka tidak dapat menjawab isu mengapakah lulusan Sarjana dan PhD dari Unisel dipandang sebelah mata?

Saya berpendapat, Unisel harus menempatkan diri mereka di dalam senarai Universiti terbaik dunia, janganlah sampai ke 6,554 dalam dunia. Universiti di negara baharu Timor Timur pun tak seburuk angka itu?. Excellance Rank bagi University National Timur Timor ialah 5,080. Jika sukar pun, Unisel patut berusaha berada di dalam ranking terbaik dalam negara.

Masalah-masalah logistik seperti kampus, air, makanan, pengangkutan, asrama, bilik kuliah, isu-isu pinjaman pelajaran, isu-isu pengiktirafan perlu diatasi dengan kadar segera. 

*Kiriman emel.

source : mymassa

No comments: