NUFFNANG

Thursday, 30 January 2014

#PRK KAJANG - TUN DR MAHATHIR DEDAHKAN SEBAB ANWAR BERTANDING DI DUN KAJANG !

#PRK KAJANG - TUN DR MAHATHIR DEDAHKAN SEBAB ANWAR BERTANDING DI DUN KAJANG !

MiM merujuk kepada laporan portal terkenal, Agenda Daily bertajuk Rafizi cuba bawa mulut...Dr Mahathir nafi belakang usaha guling PM



MiM tidak perlu mengulas kenyataan dangkal Rafizi Ramli yang ibarat mati akal danlow class tahap strategi politiknya untuk mempertahan boss beliau. 

Fizi mendakwa pencalonan Anwar Ibrahim di DUN Kajang adalah 'langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, DS Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.'

Kita tentu tidak percaya kenyataan murahan itu hasil 'analisis buah fikiran' seorang ahli politik yang berjawatan 'pengarah strategi politik PKR'. But yes people....that is it.

MiM lebih berminat dengan kenyataan@sindiran pedas Tun Dr Mahathir tentang Anwar Ibrahim :  
Mengenai langkah Anwar nak bertanding di Kajang, Dr Mahathir menilainya tidak lebih dari usahanya untuk tawan Putrajaya dan jadi Perdana Menteri. 
Ditanya sama ada tindakan Anwar itu dilihat sebagai seorang yang 'gila kuasa', Dr Mahathir berkata : "Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri. 
"Kalau masuk PAS, (Anwar) tak mungkin jadi perdana menteri, sampai sekarang ini pun, dia masuk (Umno) ada alasan, yang ini pun (bertanding pada pilihan raya kecil) ada alasan untuk mencapai matlamatnya," katanya. 
Ditanya sama ada hasrat Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu mempunyai kaitan dengan kes liwat beliau untuk memberi tekanan kepada kerajaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada iamempunyai kaitan secara langsung atau tidak. 
"Tetapi jika beliau menjadi perdana menteri, ia satu tahap ke arah itu, jadi perdana menteri, maka banyaklah benda beliau boleh buat untuk melindungi dirinya," katanya.
Selain daripada teguran pedas di atas, Tun Dr Mahathir juga berkata :  
"Jika seseorang itu cuma berjuang untuk hanya nak jadi perdana menteri atau menteri besar, saya fikir kita tak harus perlu memilih orang itu tetapi (sepatutnya orang) yang berjuang untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya. 
Mengulas kenyataan Anwar semalam supaya BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu dengan alasan elak pembaziran, Dr Mahathir berkata : "Saya melihat jika boleh, (beliau mahu) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) letak jawatan dan angkat dia sebagai perdana menteri, itulah yang terbaik bagi dia." 
Terdahulu, ketika menjawab soalan dalam program itu berhubung perancangan Anwar yang dikatakan untuk menjadi menteri besar Selangor, beliau berkata Anwar memang mahu menjadi ketua kerajaan. 
"Kalau tak boleh yang besar, yang kecil sikit pun bolehlah cuba, dengan harapan rakyat akan menghargai dan memberi kejayaan kepada cita-citanya untuk menjadi perdana menteri. 
"Cita-cita yang terbesar bagi Anwar ialah menjadi perdana menteri. Soal apa jadi selepas jadi perdana menteri itu tak penting, jadi perdana menteri (dulu)," katanya sumber

source : dr mim 

No comments: