NUFFNANG

Thursday, 30 January 2014

SSSHHHHHHH .... Ada 'game' terbaru PKR Selangor...kedudukan MB Khalid goyang?

Ada 'game' terbaru PKR Selangor...kedudukan MB Khalid goyang?azmin-khalid-anwarbw

Drama politik PKR Selangor nampaknya sudah masuk ke babak cukup berliku.Indikasinya nampak seolah Tan Sri Khalid Ibrahim macam nak tumbang dengan ' game' terbaru dalam parti itu.

Kata orang tak boleh ikut jalan depan...lipat kot jalan belakang.
Ini gara-gara perletakan jawatan mengejut Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Kajang Lee Chin Cheh tanpa sebab yang ' biasa'.

Selalunya orang letak jawatan kerana sebab kesihatan,krisis dalam parti dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Dalam kenyataan media tiga perenggan  Isnin malam,Lee antara lain hanya kata ,' keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor'.
Mereka yang faham politik pasti akan baca kenyataan itu pelik bunyinya.Nampak macam beliau sengaja letak jawatan untuk buka laluan kepada calon lain jadi wakil rakyat di situ.
Soalnya siapa? Ini yang jadi teka teki.
Apa yang cukup terserlah di sini ialah soal timing perletakan jawatan itu.
Ia berlaku tepat pada hari munculnya berita hangat mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ganti Khalid sebagai Menteri Besar.
.
Anwar sendiri yang ditemui wartawan waktu tengahari di mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur nafi berita itu yang asalnya keluar di The Star Online pagi Isnin dengan mendakwa ia cuma  satu spekulasi lama.

Sambil 'playdown' isu 'take over' itu, Anwar beritahu wartawan, spekulasi tersebut cerita lama.
"Sejak 2008 lagi cerita (ganti Khalid) ini dimainkan...perkara lama,"ujarnya.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan ada bertemu dengan Khalid pada Ahad malam.

Menurutnya, beliau selalu jumpa Khalid, untuk berbincang macam-macam isu.

"Saya seminggu dua kali jumpa Tan Sri Khalid..." kata Anwar menolak desas-desus pertemuan tersebut bagi membincangkan peralihan kuasa.
Kemudiannya Khalid yang ditemui wartawan awal petang  di Pelabuhan Klang juga menafikannya.
Katanya beliau kekal Menteri Besar.
Beliau meminta media berhati-hati buat spekulasi.
Menurut jika sesutau perubahan hendak dibuat ia perlu melalui satu proses tertentu.
"Sebagai Menteri Besar, kalau apa pun dia nak buat atas jawatan itu, mesti dapatkan nasihat daripada Duli Maha Mulia Sultan. Tidak boleh membelakangkan Sultan,"katanya.
Malah di situ Khalid berkata hanya orang Selangor dan menetap di Selangor sahaja boleh bertanding di DUN Selangor.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ialah orang Pulau Pinang.
Namun tidak lama seleps itu bila Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh buat sidang akhbar di Shah Alam umum Lee bagi surat padanya hendak letak jawatan semakin ramai yang pandang serius laporan itu.
Khalid sekali lagi ditemui wartawan lewat petang selepas satu acara yang dihadiri Sultan Selangor dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Di situ Khalid memberitahu beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan Pakatan Rakyat PKR-DAP-PAS mencapai konsensus seumpama itu.
Selain itu ia perlu mendapat perkenan Sultan Selangor.
Apapun katanya sehingga kini tiada perbincangan dilakukan pucuk pimpinan tiga parti dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan.
"Saya boleh berundur sekiranya pakatan pembangkang mencapai konsensus untuk menggantikan saya tetapi tiada perbincangan mengenainya sehingga kini," katanya.
Ditanya mengenai peletakan jawatan Anggota DUN Kajang Khalid berkata perkara itu sudah dijangka berikutan ura-ura mengenainya didengar sebelum ini.
"Saya tidak terkejut dengan tindakan Adun (Lee) terbabit kerana ada mendengar mengenainya sebelum ini," katanya tanpa beritahu sebab-sebabnya atau apa yang didengarnya.
Riuh rendah dalam PKR Selangor mahu Khalid digantikan jadi hangat semula baru-baru ini ekoran isu 'pemecatan' Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Dengar cerita para penyokong Azmin cukup marah pada Khalid kerana hal itu.
Anwar sendiri telah mendesak Azmin dikekalkan pada jawatannya.
Apa sebenarnya cerita ekoran perletakan jawatan ADUN Kajang mungkin semakin jelas esok Selasa bila Anwar mengadakan satu sidang akhbar di ibupejabat PKR.
Mengikut jemputan pada pihak media sidang akhbar pada jam 11 pagi itu ialah mengenai isu-isu Selangor.
Mungkinkah Anwar nak umum beliau akan jadi calon dalam pilihanraya kecil di Kajang?
Atau ada nama lain.Nama Rafizi Ramli juga di sebut-sebut.
Apa yang pasti dalam 'game' ini sekarang orang yang paling berdebar tentunya Khalid.
Siapa tahu mungkin Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang diketahui adalah penyokong kuatnya jadi dewi penyelamat pada saat genting ini.

source : agenda daily

No comments: