SATU LAGI VIDEO YANG MEMALUKAN & MEMENINGKAN PKR, PAS & DAP !!!
Kenyataan dan video di bawah sudah pasti memalukan dan memeningkan kepimpinan PKR, PAS dan terutamanya parti DAP !
Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh sesekali menggunakan kalimah ALLAH sebagai menggantikan perkataan God sebagaimana yang terdapat dalam kitab mereka khususnya Bible, tegas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, perkataan God dalam kitab itu lebih tepat diterjemah kepada perkataan ‘tuhan’ bukannya ALLAH sebagaimana desakan sesetengah pihak.
Lihat video :
Vdeo yang akan memalu dan memeningkan PKR, PAS dan terutamanya DAP
"Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta.
“Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?
"ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu.
Menurutnya, masyarakat Arab jahiliyah di Makkah menggunakan kalimah ALLAH sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi, malah sekarang orang Cina pun selalu menyebut Alhamdulillah, Insya ALLAH selaligus membuktikan kalimah ALLAH sudah jadi sebutan untuk semua tanpa mengira Islam atau kafir.
Bagaimanapun katanya, walaupun kini kalimah ALLAH itu menjadi lafaz ‘biasa’ dalam kegiatan seharian masyarakat termasuk orang bukan Islam, namun ia tidak boleh disamakan dengan tuhan yang dirujuk dalam fahaman agama mereka. seterusnya
MiM pasti kepimpinan Pakatan Pembangkang sedang bingung untuk menjawab kenyataan Nik Aziz terutamanya Anwar dan pemimpin PAS yang sebelum ini mahu kalimah Allah 4 all.
Begitu juga parti DAP yang sering mengapi-apikan perkauman.
Kita lihat juga diversion dan damage control Pakatan Pembangkang terhadap isu yang memalukan mereka.
MiM juga mahu lihat respons Lim Guan Eng DAP yang sebelum ini membuat kenyataan supaya kalimah Allah boleh digunakan dalam bible versi bahasa Melayu.
Jangan pula diam diri !
source : dr mim



No comments:
Post a Comment