NUFFNANG

Thursday, 30 January 2014

ADAKAH SEBAB SEBENAR Gagal Gugurkan Tan Sri Shafee dari Panel Pendakwaan Punca Anwar Ingin Jadi MB?

Gagal Gugurkan Tan Sri Shafee dari Panel Pendakwaan Punca Anwar Ingin Jadi MB?

 
Tindakan tidak masuk akal PKR untuk mengadakan pilihanraya kecil di Kajang 
dikatakan sebagai satu strategi terbaik untuk parti.   Anwar Ibrahim dikatakan 
akan bertanding di situ dan seterusnya apabila menang, akan diangkat menjadi 
Menteri Besar. 
 
Rata-rata orang ramai mengecam tindakan PKR sebagai sesuatu yang membazir 
wang rakyat dan tidak bertanggungjawab.  Seperti yang diketahui, sesebuah PRK 
memakan kos jutaan ringgit.  Memandangkan Kajang merupakan kawasan 
berpenduduk padat maka kosnya tentulah jauh lebih tinggi lagi.  Berdasarkan 
hakikat ini, mana-mana ADUN tidak seharusnya meletakkan jawatan sesuka 
hati tanpa sebab musabab yang konkrit. 
 
Apa yang berlaku, membuktikan bahawa PKR langsung tidak mempedulikan 
rakyat atau wang negara yang dibazirkan, dan sebaliknya bertindak semata-mata 
atas kepentingan pemimpin dan politik parti. 
 
Kenyataan Azmin Ali bahawa keputusan ini merupakan tindakan taktikal 
mengesahkan persepsi rakyat bahawa pemimpin PKR hanya mementingkan politik 
dan diri sendiri.   Azmin, kemudiannya cuba menolak spekulasi bahawa Anwar 
akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tetapi di masa 
yang sama menyatakan bahawa Selangor memerlukan pemimpin 'nasional' seperti 
Anwar untuk kukuhkan kedudukan PR. 
 
Bagaimanapun, Azmin tidak pula menjelaskan bagaimana kedudukan Anwar 
sebagai ADUN dan bukan MB, boleh membantu mengukuhkan PR. 
 
Penjelasan Rafizi pula lebih menarik lagi iaitu kononnya Anwar bertanding di Kajang 
adalah untuk menghalang Barisan Nasional yang bakal menjadi lebih kuat akibat 
'kejatuhan Dato' Seri Najib' nanti. 
 
Menurut Rafizi, Dato' Seri Najib akan dijatuhkan oleh satu gerakan yang didalangi 
oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.  Setelah kejatuhan itu, isu 
perkauman dan agama akan 'meletup' dan PKR dan PR perlu bersedia 
untuk menghadapinya.  Untuk itu, Anwar diperlukan di DUN Kajang serta tidak 
menolak kemungkinan yang Anwar juga akan menerajui Selangor. 
 
Jika teori Azmin mengenai keperluan PRK Kajang mengundang gelak ketawa rakyat, 
teori Rafizi pula mengundang rasa loya di tekak orang yang mendengarnya. 
 
Kenyataan Rafizi hanya memperlihatkan kepada rakyat akan usaha PR untuk 
melagakan Tun Mahathir dengan Dato' Seri Najib.  Kenyataan Azmin pula 
memperlihatkan yang beliau sendiri berada dalam keadaan 'bingung' dengan 
apa yang berlaku dalam partinya akhir-akhir ini. 
 
Kedua-dua mereka bagaimanapun, cuba sedaya upaya untuk merasionalkan 
keputusan parti walaupun tahu yang ianya tidak masuk akal sama sekali. 

Namun, rakyat bukan sebodoh yang disangka mereka.  Semua orang tahu 
bahawa keputusan Anwar untuk melakukan kejutan ini adalah sebagai persediaan 
untuk menghadapi keputusan rayuan kes liwatnya di mahkamah.  Ini berikutan 
kegagalan rayuan ke-2 Anwar pada 20 Disember lalu, untuk menggugurkan 
Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan 
dalam rayuan kes tersebut.  

Rayuan tersebut sepatutnya diperdengarkan pada 28 Januari lepas, tetapi 
telah ditangguhkan sehingga 11 Februari atas sebab ketidak hadiran peguam 
Anwar, Tommy Thomas.  Maka, kerana itulah kejutan mengenai Kajang timbul dalam 
rangka masa yang sama. 

PRK Kajang merupakan strategi yang baik untuk mengalihkan pandangan rakyat 
dari kes liwatnya.  Malangnya, ianya hanyalah bersifat sementara sahaja.  Oleh itu, 
harapan Anwar, sekiranya beliau menang dan menjadi Menteri Besar maka 
sebarang keputusan mahkamah yang tidak memihak padanya pasti akan 
mencetuskan isu besar.  Malah, beliau juga akan berpeluang untuk mencipta 
isu lain di celah-celah kegilaan itu seperti 'menjolok' istana Selangor pula. 

Pendek kata, Anwar kini hanya mengharapkan strategi menimbulkan kekecohan 
apabila keputusan kes liwatnya semakin hampir dan Selangor merupakan platform 
yang paling sesuai untuk itu selain memberinya capaian kepada dana yang besar. 

Anwar kini berada dalam 'mode' panik.  Dan Anwar yang kita tahu, akan sanggup 
berbuat apa saja apabila beliau panik.  Anwar pernah lari ke Kedutaan Turki kerana 
panik tetapi Anwar tidak boleh lagi lari ke tempat yang sama tanpa mengambil 
risiko diketawakan oleh pihak Turki. 

Apa yang pasti di sini ialah, Anwar enggan masuk penjara lagi.  Justeru, ada 
baiknya jika kita bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan dilakukan 
oleh Anwar untuk memastikan beliau tidak kembali ke penjara. 

source : taipingmali

No comments: