NAJIB...RESPONLAH !! RAKYAT NAK DENGAR !
Aku rasa ini isu besar dan menyeluruh. Implikasinya nanti akan timbul kepercayaan kalau nak selamat, baik sokong pembangkang.
Untuk Kementerian dan Jabatan lain dah berbuih orang bercakap. Kalau nak berniaga dengan Kementerian Pelajaran, elok elakkan daripada kelihatan ada hubungan dengan pemimpin UMNO. Dah tentu tak dapat.
Nak naik pangkat dalam Kementerian Pelajaran, eloklah nampakkan sikit condong kepada pembangkang. Kementerian dan jabatan kerajaan dah banyak dikuasai pembangkang. Kalau kita cakap, tentu kita akan ditanya, ' mana bukti, makna data dan fakta ? Tobatlah nak dapat bukti jelas jelas..tapi ianya berlaku.
Semalam Awang Selamat dalam pojoknya di Mingguan Malaysia menulis ( sebijik aku salin )...
Perhatian SPRM
Sekali lagi ada pihak, menerusi ruangan ini meminta agar disampaikan keluh kesah terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ). Atas nama kepentingan awam , Awang setuju. Hal ini, tiada kaitan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed yang disegani kerana kredibiliti dan intergritinya.
Ia lebih berkisar kepada segelintir pegawai SPRM yang dikatakan keterlaluan dalam menjalankan siasatan.
" Tertuduh tidak dibenarkan ditemui oleh ahli keluarga dan mengambil ubat untuk penyakit yang dihidapi seperti kencing manis dan jantung. Melayan tertuduh seolah olah sudah bersalah tetapi apabila siasatan dijalnkan nenunjukkan tertuduh tidak bersalah, tiada usaha dilakukan bagi membersihkan nama ( tertuduh ) ".
Ini adalah antara dakwaan yang Awang terima daripada pihak berkenaan, baru baru ini. Lebih mengejutkan , katanya lagi terdapat beberapa pegawai penyiasat yang mengaku mereka penyokong pembangkang dan teruja untuk bertindak ke atas para pegawai Menteri.
Apakah ini ada kaitan dengan tanggapan bahawa SPRM agresif menyiasat kes kes pemimpin kerajaan dan penjawat awam tetapi tidak berani bertindak ke atas pemimpin pembangkang?
Aku ucap terima kasih kepada Awang Selamat. Aku percaya pegawai PM tidak akan bercakap perkara macam ini. Dah jadi barah sebenarnya...
Apa kata DS Najib ? Berbaloikah bersikap budiman ?
source : salatussalatin
No comments:
Post a Comment