1 / 2 
SHAH ALAM – Keadaan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dilaporkan bertambah baik.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau mendapat maklumat keadaan kesihatan Haron jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

“Setakat ini, beliau masih menerima rawatan di IJN. Belum dapat dipastikan bila beliau boleh dibenarkan keluar hospital. Tetapi, kesihatannya semakin baik.,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Haron, 74, dimasukkan ke IJN sejak Khamis lalu dan menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU).

source : sinar harian