NUFFNANG

Tuesday, 28 January 2014

Jangan Tertipu , Dun Kajang Bukan Untuk Anwar

Jangan Tertipu , Dun Kajang Bukan Untuk Anwar

Selama ini merekalah yang menuduh kerajaan membazirkan wang rakyat, 
membazirkan wang negara, mengkhianati amanah rakyat dan bla…bla…bla…
Jika air liur pemimpin-pemimpin mereka yang tersembur keluar sewaktu 
berceramah boleh dikumpul, hari ini sudah pasti ianya setinggi Gunung Kinabalu . 

Kita semua tahu apa yang terjadi semalam. Adun PKR Kajang meletak 
jawatan tanpa sebarang sebab. Sedangkan PRU baru berlalu tidak sampai setahun. 
Sekarang SPR terpaksa menguruskan satu pilihanraya baru di kawasan 
berkenaan. Apabila hendak uruskan pilihanraya sudah pasti ianya melibatkan 
wang yang besar. 

Apakah itu bukan pembaziran wang rakyat yang kamu laung-laungkan selama ini ? 

Apakah meletak jawatan tanpa sebarang sebab dalam masa 9 bulan selepas 
PRU bukan mengkhianati amanah rakyat ? 

Apa yang terjadi di Kajang ini adalah sebahagian daripada permainan politik 
sesama PKR. Khalid Ibrahim diminta untuk meletak jawatan sebagai MB 
selewat-lewatnya hari Rabu, 29 Januari 2014. Mereka mencanangkan 
Anwar mengambil alih jawatan berkenaan dan satu PRK akan diadakan, 
untuk terus memberi tekanan kepada Khalid. Dengan harapan Khalid akan 
berundur pada hari Rabu. 

Untuk menunjukkan kepada Khalid bahawa cerita-cerita yang tersebar adalah 
betul dan dalam masa yang sama untuk memberi tekanan kepada Khalid, lalu 
Adun Kajang dibawa masuk sebagai pelakon utama untuk menjayakan drama 
politik PKR Selangor. 

Ada satu sumber PKR memberitahu saya bahawa PRK akan berlaku di dua 
tempat di Selangor. Satu di Kajang dan satu lagi di Pelabuhan Klang. Selain 
meletak jawatan sebagai MB, Khalid juga difahamkan akan meletak jawatan 
sebagai Adun. Itu kata mereka….

Namun saya merasakan…Khalid tidak akan meletak jawatan sebagai Adun 
walaupun PKR memecat keahliannya dan beliau tidak boleh menjadi MB lagi. 

Di Kajang pula…mereka dan kita turut canangkan bahawa Anwar akan dipilih 
sebagai calon PKR di sana. Percayalah cakap saya bukan Anwar calon 
disana. PKR Selangor akan mencalonkan seorang cina yang menjadi ahli majlis 
sebuah PBT di Selangor dan pernah bertanding di salah satu kerusi Dun di 
Selangor dalam PRU 2004. Orang itu bukan orang Kajang atau Hulu Langat. 
Dia datang daripada daerah atau parlimen lain. 

Apa yang berlaku antara Shamsul Iskandar dengan Azmin Ali yang berbalas 
kenyataan mediamalam tadi, hanyalah lakonan semata-mata. Shamsul 
diminta buat kenyataan AMK sokong Anwar sebagai calon. Sejam kemudian 
Azmin pula buat kenyataan media membelasah Shamsul supaya jangan 
campur hal calon. Semua itu drama… Sedangkan Shamsul, Azmin, Anwar, 
Saifuddin dan yang satu kem dengan mereka semua sudah sepakat bahawa 
calon yang saya katakan diatas akan dipilih sebagai calon Dun Kajang. 

Apa yang terjadi pada hari ini menunjukkan kepada kita mereka sanggup 
membuat apa sahaja demi menjayakan permainan politik mereka. Berjuta 
wang rakyat (pinjam ayat mereka) akan dihabiskan untuk uruskan satu 
pilihanraya kerana hendak memuaskan politik mereka. 

Dalam penggal yang lalu pun kita lihat bagaimana Adun mereka meletak 
awatan satu persatu. Bermula daripada Permatang Pauh dan diikuti dengan 
Dun Bukit Selambau, kemudian dituruti pula dengan Dun Penanti. Nasib baik 
BN mengambil keputusan bijak dengan tidak bertanding di kerusi Dun Penanti 
kerana tidak mahu melayan lagi permainan politik mereka. Jika BN terus 
melayan permainan mereka, maka setiap bulan mereka akan atur Adun atau MP 
letak jawatan supaya PRK dapat diadakan agar mereka dapat mengekalkan 
momentum dan kedaaan sentiasa panas. 

Untuk kerusi Dun Kajang ini juga adalah lebih baik BN mengambil ketetapan yang 
sama sebelum ini. Iaitu BN tidak bertanding di kerusi-kerusi yang dikosongkan 
kerana wakil rakyat letak jawatan. Biarkan mereka dengan permainan politik 
mereka. Jangan kita jadi tukang sorong bantal kepada orang yang mengantuk. 
Ataupun jangan kita pula yang menjadi pelengkap permainan mereka. 

Jika saya berada di tempat Khalid Ibrahim hari ini, apa yang saya buat 
adalah dengan memanggil satu sidang Dun tergempar untuk diadakan satu 
undi sulit dikalangan Adun-Adun samada mahu terus mengekalkan beliau sebagai 
MB atau menolak beliau. Percayalah, Khalid akan mendapat sokongan 
majoriti adun untuk dikekalkan sebagai MB. Dan saya yakin Adun-Adun BN 
juga akan menyokong Khalid. 

Jika dulu tanpa majoriti 2/3 di Dun Khalid berani panggil sidang Dun 
tergembar untuk meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan beliau 
mempunyai kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri. Sedangkan semua 
orang tahu tanpa sokongan 2/3 ahli-ahli dewan sesuatu perlembagaan tidak 
boleh dipinda. Tapi itulah Khalid….gilanya semacam. 

Sekarang kita tunggu dan lihat samada dia berani atau tidak buat gila untuk 
panggil sidang Dun tergempar bagi membolehkan satu undian sulit diadakan 
samada Adun-Adun Selangor masih menyokong atau menolaknya sebagai MB.

source : rbf online

No comments: