Umno Pmtg Pauh Kata Anwar Tak Guna:Tapi Orang Kajang Bersyukur Pemimpin Dunia Seperti Anwar Sanggup Menjadi Wakil Rakyat Mereka – Azmin @BenBakarKP @dzainalabidin
Anwar Ibrahim sebelum ini digelar sebagai Anugerah Tuhan oleh pemuja PKR..Anugerah tuhan ini punyai kelebihan untuk buat apa saja..lesen besar untuk bohong..pusing dan belit akan dipercayai hatta kantoi sebesar mana sekali pun..
Bab Anwar menipu dan berbohong ini semua sedia maklum sejak dari dalam penjara dengan lakonan dengan bengkung dileher ,pembohongan 16 September ,40 ribu Bangla hinggalah insiden beliau tidak dapat masuk ke Jepun.
Nah sekarang ini dia mahu bertanding di Dun Kajang, sebagai jaminan Azmin berkata rakyat Kajang tidak harus melepaskan peluang pemimpin bertaraf dunia ini mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri.
Ikuti pendedahan Umno Bahagian Permatang Pauh mengenai siapakah Anwar yang sebenar,beliau tidak pernah peduli Permatang Pauh…Sekarang Kajang pula menjadi sasaran kononnya dalam misi menyelamatkan kerajaan Selangor dari ancaman Umno..
Kenyataan Media
UMNO Bahagian Permatang Pauh
“Pengumuman Anwar Sebagai Calon N25 Kajang”
Keputusan ahli Parlimen Permatang Pauh , Dato Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding PRK DUN Kajang merupakan satu lagi ‘perlekehan demokrasi’ secara terang-terangan yang di tunjukkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.Selepas Permatang Pauh , Penanti kini menjalar pula ke Kajang.Segala yang berlaku ini adalah semata-mata memenuhi nafsu serakah insan bernama Anwar Ibrahim yang tidak ada batas kepuasannya.
Seluruh negara juga mengetahui saat ini bahawa PKR terpalit dalam pergolakan dalaman yang amatserius.Perbalahan isu PKNS-AZMIN-KHALID , Larangan kemasukan Anwar ke negara matahari terbit dan di tambah pula isu tuntutan fasakh Naib Presiden PKR yang juga anak kesayangan Anwar telah memaksa Ketua Umum ini mengalihkan percaturan politik beliau.Sehari dua ini Anwar berjaya memadamkan semua kisah berikut di dada akhbar harian mahupun media alternatif.Inilah Anwar Ibrahim.
Ahli-ahli UMNO Bahagian Permatang Pauh seramai 17 ribu orang dan 70,760 ribu pengundi , sudah semestinya merasa terkilan dengan keputusan Dato Seri Anwar ini.Seluruh masyarakat Permatanag Pauh menyedari bahawa selama beliau menjadi MP Permatang Pauh beliau GAGAL melaksanakan amanah yang diberi.
Pencapaian beliau amat teruk sekali.Beliau tidak pernah mengambil tahu masalah rakyat malahan tidak berminat langsung untuk membantu rakyat.Orang Permatang Pauh di buat seperti anak terbuang , sakit demam , mati , kahwin , susah perit , banjir dan sebarang kecelakaan menimpa beliau tidak kisah langsung,Anwar benar-benar memperlihatkan sikap angkuhnya , bangga diri , sombong dan hipokrit terlampau terhadap orang Permatang Pauh.
Malahan ketika masyarakat Tionghua sibuk dengan persiapan menyambut Tahun Baru Cina , Anwar tidak peduli langsung dengan pengundi cina yang miskin dan tidak mampu membuat apa-apa persiapan , ketika BN Permatang Pauh turun ke padang menyampaikan bantuan pada 300 masyarakat Tionghua baru-baru ini , Anwar dengan bangganya mengumumkan bahawa beliau terpaksa menawar diri bertanding di Kajang kerana itu adalah kehendak Parti kononnya.Masyarakat Tionghua Permatang Pauh pasti tidak akan merasai manisnya limau mandarin Anwar Ibrahim Ahli Parlimen mereka yang mungkin mereka rindui.
Sekian lama orang Permatang Pauh hanya mampu bertanya ‘dimana Anwar?’ ketika mereka memerlukan khidmat Ahli Parlimen yang selama ini menanam tebu di bibir , contohnya ketika musibah kebakaran dan banjir baru-baru ini , Anwar lesap entah ke mana.Percayalah wahai orang Kajang bahawa anda juga akan menjadi seperti kami di Permatang Pauh andai termakan janji manis beliau.Anwar tidak boleh berubah lagi , dia meletakkan dirinya atas kasta yang amat tinggi berbanding pengundi-pengundi yang mengangkat darjatnya itu.
Menyedari hakikat itu , kami di Permatang Pauh berharap pengundi-pengundi Kajang tidak akan tertipu dengan agenda peribadi Anwar dan kuncu-kuncunya.Ingin saya tegaskan disini bahawa sekiranya BN membuat keputusan untuk bertanding maka UMNO Bahagian Permatang Pauh secara sukarela akan menghantar seramai 30 orang petugas sepenuh masa yang akan terlibat sepanjang kempen berlangsung.Kami akan hadir di sana dengan segala maaklumat , bahan dan fakta mengapa Anwar tidak boleh di menangkan di Kajang.
Dalam masa yang sama sebuah lagi pasukan akan berkempen di Permatang Pauh dengan berkunjung ke segenap kampung dan taman perumahan dalam Parlimen Permatang Pauh bagi mendapat dan mendedahkan segala masalah rakyat di Permatang Pauh yang Anwar tidak selesaikan sekian lama.
Moga segala pendedahan , kejutan dan kempen yang akan kami lakukan sepanjang PRK Kajang akan membuka mata para pengundi DUN Kajang untuk menolak insan bernama Anwar Ibrahim ini.
Sekian
Mohd Zaidi Hj Mohd Said
Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh
30 Januari 2014
Pisau kata “Anwar tak dapat jadi PM..dapat jadi MB melalui jalan belakang pun jadilah”
source : pisau.net
No comments:
Post a Comment