NUFFNANG

Thursday 30 January 2014

PRK Kajang: Wakil PAS Wajib Syari'e Menjadi Menteri Besar Selangor!

PRK Kajang: Wakil PAS Wajib Syari'e Menjadi Menteri Besar Selangor!


Kini sudah tiba masanya PAS perlu menunjukkan kepada Anwar dan PKR serta 
DAP di dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka bukanlah kuda tunggangan dan 
balaci untuk memenuhi majlis-majlis dan demonstrasi-demonstrasi anjuran Pakatan 
Rakyat.

PAS harus buktikan bahawa mereka adalah manusia yang perlu dihormati bukan 
dipergunakan ketika susah tetapi dilanyak dan disisih ketika sekutu-sekutu mereka 
berjaya.

PAS adalah sebuah parti Islam-Melayu yang bermaruah. Ditubuhkan oleh alim ulama 
terdahulu yang ingin melihat penubuhan sebuah daulah Islamiyah di negara Malaysia ini.

PAS berjaya membuktikan prestasinya semasa PRU 13 yang lalu. Banyak kerusi UMNO 
bertukar tangan sebagai manifestasi rakyat inginkan sebuah perubahan. Namun 
apakah erti pengorbanan PAS jika kini ia diibaratkan seperti sampah sarap dilempar 
begitu hina sekali oleh sekutu-sekutunya.

Adakah tidak terdetik di hati sanubari penyokong-penyokong PAS bahawa mereka 
telah ditipu oleh sandiwara Anwar Ibrahim yang sebenarnya amat kemarukkan jawatan 
Menteri Besar Selangor. Apakah gunanya PAS Selangor mendapat kerusi lebih besar 
berbanding PKR dan DAP hatta UMNO sekalipun jika hanya layak menjadi pak turut 
semata-mata.

Anwar kini menggunakan PRK Kajang sebagai batu loncatan untuk beliau menjadi Menteri 
Besar Selangor akan datang bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang tidak efisyen lagi. 
Bukankah PAS sebenarnya ramai yang lebih layak. Misalnya Pesuruhjaya Selangor 
PAS YB Iskandar Abdul Samad yang disukai oleh majoriti ahli-ahli PAS malah di kalangan 
orang-orang UMNO sendiri.

Layakkah seorang banduan dan ahli maksiat seperti Anwar menjadi Menteri Besar Selangor 
yang suatu masa nanti akan ditugaskan menjaga kepentingan umat Islam dan 
Melayu di Selangor? Apa akan jadi pada Islam dan Melayu jika seorang asi dan bermaksiat 
seperti itu menjadi pemimpin?

Pilihan terletak di tangan ahli-ahli PAS Selangor. Untuk kali ini PAS perlu istiqamah 
menolak Anwar Ibrahim!   

Ayuh ahli-ahli PAS di Kajang, katakan tidak pada Anwar!

source : mymassa

No comments: