NUFFNANG

Tuesday, 28 January 2014

PRK Kajang Adalah ‘VOTE OF NO CONFIDENCE’ Kepada Azmin!

PRK Kajang Adalah ‘VOTE OF NO CONFIDENCE’ Kepada Azmin!


Sayap Pemuda PKR hari ini menyatakan sokongan sepenuhnya kepada DatukSeri Anwar Ibrahim mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri  (DUN) yang ditinggalkan oleh Lee Chin Cheh seterusnya dilantik sebagai  menteri besar Selangor.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar)  percaya Anwar merupakan calon terbaik untuk bertanding kerusi DUN  Kajang.
“AMK juga percaya kepimpinan Anwar akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus  nasional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lebih dari itu Shamsul berkata tindakan Lee meletakkan jawatan sebagai  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang percaya telah membuka ruang  kepada pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat yang lebih berkaliber dan  berpengalaman untuk memimpin negeri Selangor sebagai menteri besar.
————————
Kenyataan Shamsul ini sebenarnya sudah membangkitkan Rimau Gombak daripada lena yang panjang.
Azmin selama ini masih menganggap dia adalah anak emas kepada politik PKR khususnya di Selangor. Namun apa yang berlaku kebelakangan ini, menunjukkan bahawa ada tangan-tangan ghaib yang nak tengok Azmin tersungkur dan menyodok tanah.
Azmin bukan baru dalam politik. Orang lama. Jika kedudukan sebagai Timbalan Presiden PKR pun tidak mampu melastik dirinya kepada kedudukan MB – Azmin perlu sedar diri bahawa dia pada hakikatnya lone survivor (itupun kalau masih hidup).
Mesej PRK Kajang ini cukup memberikan Azmin kesedaran bahawa dia tidak selamanya diterima sebagai anak emas. Sekarang ini anak tembaga. Selepas Izzah ada Anas Alam Faizli (bakal menantu) yang sedang dibina karakter politiknya.
Harga Azmin jatuh mendadak.
Azmin kena bijak buat keputusan politik. Kalau tidak jadi rimau, Azmin hanya jadi anak kucing yang menggelabah cari kaki tempat bermanja.

source : gelagat anwar

No comments: