NUFFNANG

Wednesday, 29 January 2014

PKR PANAS BUNTUT. PAS BERI AMARAN JANGAN 'SENTUH' KERUSI MB SELANGOR!!

PKR PANAS BUNTUT. PAS BERI AMARAN JANGAN 'SENTUH' KERUSI MB SELANGOR!!


PKR kini panas buntut. 

Cita-cita mereka untuk menjadikan Anwar Ibrahim 
sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya beliau 
memenangi Pilihanraya Kecil  (PRK) DUN Kajang 
yang akan diadakan nanti ditentang mati-matian oleh parti 
PAS. 

Begitu juga dengan Pemuda PAS yang mengancam untuk memboikot semasa 
berkempen nanti. Nampaknya krisis dalam Pakatan Rakyat Selangor begitu meruncing sekali. 

Mereka sudah hilang pertimbangan dan tidak lagi menghormati sesama sendiri, tiada lagi 
sepakatan seperti apa yang mereka beritahu rakyat Selangor bahawa Pakatan Rakyat adalah 
sebuah parti gabungan yang membela rakyat. 

Tapi,  semuanya itu bohong semata-mata. 

Dengan itu, PAS Selangor memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar. Menurut Setiausahanya, Mohd Khairuddin Otman (gambar) berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor. 

Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.

Katanya lagi, PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang 
dirasakan layak dan sesuai. 
Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai 
calon utama kita. 
Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN. 
Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan 
pada Isnin secara tiba-tiba selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei 
lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa 
dan tiga calon bebas.
Selang beberapa hari (semalam) Menteri 
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid 
Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua 
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 
dinamakan sebagai calon bertanding di kerusi 
tersebut pada pilihan raya yang akan diadakan 
dalam masa 60 hari. Pada PRU-13, PAS 
dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi 
DUN manakala PKR 14. 
Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang 
juga Adun Paya Jaras bagaimanapun berkata, 
PAS Selangor menganggap kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR tanpa 
melibatkan kedudukan jawatan Menteri Besar yang disandang Abdul Khalid sejak 2008.
Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi 
Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor 
tidak akan masuk campur. 
Selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati 
sahaja, katanya. 
Sekiranya PKR meneruskan hasratnya melantik calonnya mereka untuk menjadi Menteri Besar 
Selangor, 
PAS tidak teragak-agak menentang dan juga akan menghantar calonnya bagi mengisi jawatan 
Menteri Besar Selangor dan tidak akan memberi laluan mudah pada Anwar Ibrahim. Itu amaran 
keras dari PAS. 
Kepada rakyat dan pengundi di Kajang, ambilah aktibar bahawa korang semua di tipu 
hidup-hidup oleh parti Pakatan Rakyat yang kononnya sebuah parti yang membela nasib rakyat. 
Tapi, itu hanya dusta.Pakatan Rakyat telah mengkhianati rakyat. Pemimpin-pemimpin 
pakatan rakyat hanya mementingkan diri mereka sendiri. Mereka berpolitik semata-mata 
untuk menjaga periuk nasi mereka sahaja, bukan untuk rakyat. 
Oleh itu, berfikirlah masak-masak, gunakan akal yang ada dan jangan salah undi semasa 
nak mengundi nanti. Ingat, jangan pisang berbuah dua kali. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments: