NUFFNANG

Monday, 27 January 2014

Dua Gambar Peserta Demo #Turun2.0 Yang Amat Menyayat Hati @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Dua Gambar Peserta Demo #Turun2.0 Yang Amat Menyayat Hati @NajibRazak @MuhyiddinYassin



Dua gambar di atas yang diambil semasa demo Turun 2.0 di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang, petang tadi amat menyentuh perasaan dan naluri CTS. 

Gambar pertama melibatkan kezaliman pihak Kerajaan yang menyebabkan gadis di atas kurus kering akibat kos sara hidup yang menjerut hidupnya. Bayangkan kalau kos sara hidup rendah, bagaimana pula keadaan tubuh badannya agaknya?

Gambar kedua lagi sadis! Disebabkan kenaikan kos taraf hidup dan harga barangan yang meningkat tinggi, rambut 'girlfriend' brader di atas tidak dapat digunting dan terpaksa dibiarkan panjang untuk menjimatkan kos. Lebih menyedihkan rambut hitam beliau telah luntur keperangan kesan kenaikan harga barangan. Zalim betul Kerajaan Barisan Nasional menyiksa kedua-dua Rakyat Malaysia ini. Keadilan harus diperjuangkan untuk mereka berdua!

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/01/dua-gambar-peserta-demo-turun20-yang.html#bCDGyokErIgJ5zzI.99

No comments: